Thursday, 9 October 2014

[Video] Letupan Bom Di Bukit Bintang...1 maut 14 cedera.

Khamis, 9 Oktober 2014







Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Saksi yang menunggu kereta ternampak satu benda jatuh dari tingkat dua atas sebuah pub dan kemudiannya meletup.

Mangsa yang parah dan enam lagi cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin. Beberapa pelancong asing dari ThailandChina dan Singapura antara mangsa yang mengalami kecederaan dalam letupan berkenaan.

Senarai mangsa letupan bom di Bukit Bintang – Antara mangsa yang dirawat di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu adalah Lim Soon Hock, 51, Teoh Keow Meng, 40, Yaw Lee Hock, 41 dan M A Yunfeng (China). Selain itu, mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) termasuk Tiong Kwang Yie, Lim Soon Hock, 51, Yoo Loo Hock, 41, Ravindren, 49, Jasu Sae Yor warga negara Thailand, Yong Jia Qin (China) dan Wong Kim Teng (Singapura).

Siasatan awal polis percaya letupan terbabit disasarkan terhadap mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian berkenaan. Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu. Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit. Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian ini tiada kena mengena dengan militan Negara Islam (IS).

“Kejadian ini lebih kepada jenayah yang bermotifkan perselisihan faham atau dendam membabitkan individu yang bermotifkan untuk membunuh pesaingnya. Kita sedang bergerak untuk mengenal pasti individu yang terbabit,” katanya dipetik laporan BH Online.

Letupan: Dua Mangsa Kini Kritikal


KUALA LUMPUR: Dua mangsa kejadian letupan di Jalan Bukit Bintang awal pagi Khamis kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Sebelum ini, seorang mangsa warga tempatan yang juga pekerja sebuah kelab malam di kawasan berkenaan disahkan maut ketika menjalani pembedahan.

Jurucakap HKL berkata, seramai 11 daripada 13 mangsa membabitkan tujuh lelaki dan empat wanita terlibat dalam insiden pada pukul 4.30 pagi itu mendapat rawatan di HKL.

Selain itu, dua lagi mangsa rakyat tempatan mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.


"Mayat mangsa yang meninggal akan dibedah siasat, manakala dua lagi mangsa yang juga mengalami kecederaan parah kini ditempatkan di zon merah dan berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Jurucakap itu berkata, mangsa terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari China, seorang rakyat Thailand serta seorang dari Singapura.

Selain itu, beliau menambah, pihak kedutaan dari negara asal mangsa telah diberitahu dan tiba di HKL untuk mengenal pasti mangsa.

Laporan sebelum ini mendedahkan seramai 14 mangsa terlibat dalam letupan dua biji bom yang dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta di sebuah bangunan.

Sementara itu, di lokasi kejadian, pihak forensik polis dan Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan terperinci di sekitar kawasan berkenaan bagi mengesan sebarang bahan bukti untuk membantu siasatan kes itu.

Unit Pemusnah Bom juga bertindak memusnahkan bom ketiga yang gagal diletupkan pihak bertanggungjawab dalam kejadian awal pagi Khamis itu.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena