Artikel jahat hina ahli wanita, DAP lapor SKMM
SHAH ALAM, 3 OKT: DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dua artikel berniat jahat yang menghina tiga ahli wanita Melayu parti itu, iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, Syefura Othman dan Jamila Rahim.
Artikel pertama bertajuk ‘Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ ditulis oleh seseorang yang menggelarkan dirinya KuntaKunte Malaysia dan disiarkan laman milik Umno mykmu.net.
Seperti tajuknya, artikel itu menuduh Jamila yang menyertai DAP Selasa lalu ‘menjual diri dan agamanya’ demi kemewahan.
Artikel kedua pula bertajuk ‘DAP dan politik onani’ oleh pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) Edwin Michael yang disiarkan laman Free Malaysia Today semalam.
Dengan menggunakan bahasa lucah, artikel itu menuduh DAP ‘ketagih politik onani’ dengan ‘menjual’ Dyana, Syefura dan Jamila untuk menarik sokongan dan akan meminggirkan mereka selepas ‘mencapai ejakulasi’.
Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo yang mewakili mereka berkata, kedua-dua artikel tersebut adalah salah di bawah Seksyen 2 (33) Akta SKMM 1998.
“Kami membuat laporan ini kerana artikel tersebut memberi kesan besar kepada Dyana, Syefura dan Jamila.
“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dan.menerima kritikan, tetapi bukan dengan cara ini,” kata Gobind dalam sidang media selepas membuat laporan tengahari tadi.
Beliau juga berharap agar tindakan segera dapat diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Laporan sudah dibuat, kenyataan (ketiga-tiga) sudah diambil. Kita harap akan terima maklumbalas pada minggu hadapan,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan, DAP akan menimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu. -Roketkini
Friday, 3 October 2014
[Video] Pelacur, politik onani: Ahli wanita Melayu DAP mahu ambil tindakan...
Jumaat, 3 Oktober 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Sabtu, 14 Januari 2017 Suara Rakyat 6 min · KENAPA DAH KANTOI baru nak ditangguhnya !!! Bayangka...
-
R abu, 21 Oktober 2015 Bajet 2016 Pinjaman Perumahan Untuk Pembeli Rumah Pertama Dipermudahkan. Tuntutan Pemaju Hartanah! Pada ketik...
-
Selasa, 11 Jun 2019 Jom Channel Bekas Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat KEADILAN dan jugaKetuaBiro Perundangan parti itu Latheefa Koya,...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Khamis, 28 Februari 2019 Revolusi Anak Muda Malaysia TAKBIR SAMPAI SENGET KOPIAH Apa dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah ses...
-
Jumaat, 11 Julai 2014 Messi Seorang Yahudi Yang Produktif Taat Setia In Islam , Luar Negara // 11:14 Walaupun pasukan Argenti...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Cendawan/Alga Benih Cendawan Mekah/Mud-mud July 11, 2012 · Khasiat dan Kelebihan Air Cendawa...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Sabtu, 8 Jun 2019 KiniTV Peguam Latheefa Koya hari ini memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru. “Sudah banyak pendapat...


0 comments:
Post a Comment