Friday 6 March 2015

Senarai Ranking Sekolah SBP dan MRSM Terbaik 2015... Berdasaran result SPM 2014

Jumaat, 6 Mac 2015

Senarai Ranking Sekolah SBP dan MRSM Terbaik 2015 Bagi Keputusan SPM 2014?

ranking mrsm 2015
Senarai Ranking Sekolah SBP dan MRSM Terbaik 2015 Bagi Keputusan SPM 2014? Semakan keputusan SPM 2014 telah diumumkan semalam 4 Mac 2015 bersamaan hari Selasa. Ada bermacam kisah dan emosi termasuklah sedih, gembira yang terpapar di media-media arus perdana. Ada…
Ada anak pekerja bengkel kereta mendapat keputusan terbaik, ada pelajar kurang upaya turut tidak ketinggalan mendapat keputusan yang membanggakan.
Dalam ribuan sekolah di Malaysia, Sekolah Menengah Sains SMS Tuanku Munawir (Saser) Negeri sembilan telah diangkat dan dinobatkan sebagai sekolah terbaik 2015 berdasaran result SPM 2014 diumumkan sekolah dinobatkan sekolah terbaik SBP 2015. Tahniah Berita Semasa ucapkan. Manakala bagi kalangan Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula, MRSM terbaik jatuh kepada MRSM Taiping Perak.
BACA SINI : Keputusan Percubaan SPM 2014 Bukan Lagi “Tiket Ekspres” Kemasukan Pra Universiti 2015 & Pusat Asasi Lebih Awal. Setuju atau Tidak?
Bersama-sama ini, Berita Semasa kongsikan bersama dengan anda senarai ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disebalik keputusan SPM 2014 kali ini.

Senarai Ranking SBP Terbaik 2015 MRSM Keputusan SPM 2014

  1. SM Sains Tunku Munawir (Sains Seremban – SASER) Negeri Sembilan
  2. Sekolah Tun Fatimah Johor
  3. SBP Integrasi Rawang Selangor
  4. Kolej Islam Sains Alam Shah (KISAS) Selangor
  5. SM Sains Kuching Sarawak
  6. SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur
  7. SM Sains Hulu Selangor
  8. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
  9. SM Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu
  10. SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur
  11. SM Sains Muzaffar Syah Melaka
  12. Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Negeri Sembilan
  13. Sekolah Menengah Sains Banting Selangor
  14. SM Sains Tapah Perak
  15. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi Johor
  16. SM Agama Persekutuan Bentong Selangor
  17. SBP Integrasi Gombak Kuala Lumpur
  18. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kuala Lumpur
  19. SM Sains Miri Sarawak
  20. SM Sains Kuching Utara Sarawak
  21. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak

Senarai Ranking MRSM Terbaik 2015 MRSM Keputusan SPM 2014

  1. MRSM Taiping Perak
  2. MRSM Pengkalan Chepa Kelantan
  3. MRSM Tun Ghafar Baba Melaka
  4. MRSM Langkawi kedah
  5. MRSM Tun DR Ismail Pontian Johor
  6. MRSM Kuantan Pahang
  7. MRSM Kepala Batal
  8. MRSM Pasir Salak perak
  9. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephen Sandakan Sabah
  10. MRSM Pendang Kedah
  11. MRSM Alor Gajah Melaka
  12. MRSM Transkrian
  13. MRSM Betong
  14. MRSM Gemencheh Negeri Sembilan
  15. MRSM Kuala Krai
  16. MRSM Kuala Berang
  17. Maktab Rendah Sains Mara Felda Pahang
P/S : Ada bekas pelajar SBP dan MRSM di sini yang mana sekolah anda tersenarai dalam senarai ranking sekolah SBP dan MRSM terbaik 2015 bagi keputusan SPM 2014 kali ini?
PP/S : Berita Semasa berharap Kementerian Penddikan Malaysia (KPM) memberikan lebih banyak peruntukkan dan mempertingkatkan kelengkapan di sekolah harian, sekolah kampung, sekolah biasa, sekolah di pedalaman supaya mereka tidak jauh ketinggalan untuk menikmati kemudahan seperti mana pelajar SBP dan MRSM dengan harapan Malaysia dapat melahirkan modal insan yang bermutu kelak. Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena