Tuesday, 16 June 2015

[Video] Iskandar Samad Dah Kecut...Mana mau lari! Dulu mengutuk, mencaci, menghina sampai 2 ADUN digantung keahliannya!

Rabu, 17 Jun 2015

Iskandar Samad Dah Kecut, Sekarang Baru Nak Gesa Kukuhkan PR


Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan Rakyat

Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat.

"Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut.

"Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan.

"Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri.


Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan.

Di Selangor, ujar beliau rakyat telah dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi dasar bersama Pakatan Rakyat yang menitikberatkan ketelusan, memerangi rasuah, peluang ekonomi yang adil, kediaman mampu milik dan polisi-polisi baru yang lain.

Menurutnya, usaha-usaha di negeri itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu diteruskan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus kukuh demi kebajikan dan masa depan rakyat.

"Semoga kecemerlangan Pakatan Rakyat di Selangor akan menjadi contoh dan pendorong kepada seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menamatkan keangkuhan Barisan Nasional," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. -HD

ULASAN GB

Sekarang baru Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor menggesa untuk kukuhkan Pakatan Rakyat.

Dahulu seamasa dua ADUN bertindak untuk mengukuhkan PR, mereka berdua dikutuk, dicaci dan dihina dengan begitu teruk sekali sehinggalah kedua-dua ADUN berkenaan digantung keahliannya.

Kedua-dua ADUN itu dikatakan mendahului Presiden dan MSU di dalam menyokong PKR. Jika demikian halnya sehingga mereka berdua digantung keahlian, tidakkah tindakan Iskandar juga mendahului MSU dan PAS Pusat yang belum bersidang untuk memutuskan mengenai usul Dewan Ulama berkenaan? Dan tidakkan Iskandar juga boleh dikenakan dengan tindakan disiplin yang sama dengan kedua-dua ADUN berkenaan dengan berasaskan prinsip keadilan kerana telah wujud "precedence"?

Kini apabila DAP sudah menyatakan PR tidak wujud lagi, dan apabila Azmin menyatakan PKR menghormati keputusan Muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP, baru kedengaran suara sumbang Iskandar untuk mengukuhkan PR.

Beliau tahu dengan kenyataan DAP tersebut, kerajaan PR akan digantikan dengan yang baharu. Seandainya mesyuarat PKR malam ini memutuskan untuk bersama dengan DAP di dalam kemelut yang berlaku, maka tersingkirlah PAS dari kerajaan negeri Selangor, yang membawa erti hilanglah semua jawatan-jawatan termasuk exco-exco dari PAS. 5,000 kakitangan dari kalangan ahli PAS yang dilantik dengan jawatan politik di negeri tersebut juga akan tamat.

Semasa muktamar baru-baru ini sewaktu Dewan Ulama membuat usul memutuskan kerjasama dengan DAP, tiada seorang pun perwakilan membantah. Malah usul itu telah diluluskan tanpa bahas.

Jika Iskandar jujur mempertahankan PR, mengapa beliau tidak bangun untuk membantah usul berkenaan?

Kini baru tercengang-cengang apabila terpelesok ke dalam jerat yang dipasang oleh kumpulan sendiri!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena