Saturday, 6 June 2015

Ney dia...yang curah asid kepada yang nak pergi! 'Ketua Jebon' kena fitnah yang amat pedih...

Sabtu, 6 Jun 2015
Ini dia yang curah asid kepada yang nak pergi...
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jalan penyelesaian Pas untuk  menamatkan krisis dalaman PAS dalam sesi bicara di MyHarakah Bazar, di sini

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut.  Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya.

Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah".  "Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu. 

 "Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya. 

Patah sayap, dengan paruh datang.  


Kemudian beliau menyindir pihak yang menuduhnya 'Ketua Jebon' bagi kumpulan Hawaii Five-O yang didakwa kumpulan konservatif kononnya merancang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.  Untuk menyelesaikan dakwaan itu, Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa siasatan perlu ditubuhkan.

Katanya, pihak yang dituduh cuba menggulingkan Abdul Hadi sedia memberi keterangan di depan jawatankuasa berkenaan.  "Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.  "Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar," katanya bagi menyampaikan ucapan penggulungan sebagai pengerusi mobilisasi demokrasi dengan nada sayu.

Mengenai sesetengah ahli yang berpendapat PAS semakin kuat jika tidak bersama Pakatan Rakyat, Mohamad turut menyelitkan sindiran tajam kepada golongan berkenaan.  "Lawan kita Umno dan BN. DAP ini parti kecil. Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia. Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate. Kita lebih kuat, jangan bimbang," katanya sinis. Baca lagi di sini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn


PERKUKUH PAKATAN RAKYAT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena