Tuesday, 9 June 2015

Perutusan DS Anwar "Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP"

Rabu, 10 Jun 2015


Anwar Ibrahim is a LEADER, that Mahathir nor Hadi will ever be!
Kenyataan Media: Perutusan DS Anwar mengenai Pakatan Rakyat
Semalam saya telah bertemu DS Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh berkenaan beberapa kes mahkamah. Berikut adalah perutusan beliau yang dituju kepada rakan-rakan politik dan rakyat Malaysia, yang beliau sampaikan kepada saya dalam pertemuan tersebut:

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan. Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN.”

DS Anwar Ibrahim juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu ini kepada Sdr Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

N SURENDRAN
Ahli Parlimen Padang Serai
Anggota Biro Politik KEADILAN
9 Jun 2015


PKR akan bincang kemasukan PasMa ke dalam PR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perbincangan mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) Ia dilakukan dengan mengambil kira pelbagai pandangan memandangkan kedudukannya yang berstatus pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mengulas mengenai perkara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke dalam mesyuarat.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada akan berbincang dengan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan pemimpin-pemimpin PR yang lain. “PasMa masih lagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kita akan bertemu dan berbincang mengenai perkara itu,” katanya yang menjawab soalan pemberita mengenai desas desus PasMa akan bersama PR. Ketika ditanya peranan PKR bagi menjernih semula hubungan antara Pas dan DAP, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau sendiri akan bertemu dengan pemimpin parti berkenaan dalam masa terdekat bagi menjernihkan hubungan. “Kita akan bertemu dalam masa terdekat. Saya akan bertemu mereka di Parlimen.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena