Wednesday, 3 June 2015

Suhaizan Terima Kekalahan Dengan Tenang..."Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama pada Pemuda PAS"

Khamis, 4 Jun 2015

Suhaizan Terima Kekalahan Dengan Tenang


Nik Abduh, anak ikon ulama PAS allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, merampas kerusi ketua Pemuda parti Islam itu.

Beliau mengalahkan penyandang jawatan itu Suhaizan Kaiat yang baru sepenggal memimpin dewan itu.

Nik Abduh mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 undi.

Hanya dua kertas undi yang rosak untuk pemilihan jawatan tersebut.

Jawatan timbalan ketua Pemuda pula dimenangi oleh Khalil Abdul Hadi dengan 435 undi.

Manakala pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob hanya memenangi 257 undi.

Keputusan Pemuda hari ini menepati 'chai' kumpulan proulama yang diedarkan sebelum ini.

Sebelum itu, ketika para perwakilan berdebar-debar menunggu keputusan pemilihan, Suhaizat, dalam ucapan penggulungan, mengucap tahniah kepada barisan kepimpinan baru.

Suhaizan yang merupakan penyandang jawatan ketua Pemuda PAS, dengan tersenyum, turut mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi kerjasama sepanjang beliau menerajui Pemuda PAS.

"Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama pada Pemuda PAS.

"Belum ada pengumuman lagi tapi kita semua tahu dah. Saya ucapkan tahniah pada pimpinan yang baru," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pergulungan pada Muktamar Pemuda di Shah Alam petang ini.

'Akan bersama keluarga'

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas muktamar Suhaizan dengan wajah yang sugul tetapi tersenyum berkata, beliau telah menjangkakan kekalahan tersebut. 

Malah, beliau juga berasa lega kerana tidak lagi memegang apa-apa jawatan kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga. 

"Saya menghormati keputusan perwakilan. Saya sebagai pemimpin melaksanakan tugas sahaja. Secara peribadi saya tenang sebenarnya. Itu perkara biasa (kalah dan menang). 

"Saya dah rasa (kalah). Saya rasa lega bila dah tak ada (jawatan). Anak-anak pun dah bising sebab selalu tak ada di rumah," katanya. 

Ditanya sama ada selepas ini beliau akan terus aktif bersama Pemuda PAS, Suhaizan berkata beliau akan terus memberi sumbangan kepada parti.

"Insya-Allah akan terus menyumbang," katanya lagi. 
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena