Thursday, 11 June 2015

"Tido ke masa muktamar arituh"! PAS akan arah anggotanya letak jawatan - Mohd Amar

Jumaat, 12 Jun 2015
"Tido ke masa muktamar arituh"!
PAS akan arah anggotanya letak jawatan jika hubungan dengan DAP putus - Mohd Amar



KOTA BHARU: PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 

Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.

Mohd Amar sebelum ini menegaskan pemimpin dan anggota PAS tidak takut kehilangan jawatan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya hubungan antara PAS dan DAP terlerai selepas ini.

Mohd Amar sebelum ini menegaskan pemimpin dan anggota PAS tidak takut kehilangan jawatan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya hubungan antara PAS dan DAP terlerai selepas ini. 

Lim sebelum itu dipetik sebagai berkata beliau mengharapkan PAS menunjukkan bahawa maruah politik masih wujud dalam kalangan kepimpinan baharu parti itu dengan mengarahkan wakilnya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan jawatan. 


Mohd Amar berkata pada masa ini, Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan hubungan kedua-kedua parti itu dan dijangka majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.

"Sekarang orang baru bincang kata hendak cerai, bukan cerai lagi, kalau bercerai selesailah cerita," katanya. 

Dewan Ulama PAS sebelum ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. 

Dalam pada itu, Mohd Amar turut mengakui anggota Majlis Mesyuarat Negeri di Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, namun parti itu perlu sedar kemenangan yang dikecapi mereka adalah sumbangan PAS.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena