Friday, 5 June 2015

[Video] Gempa Sabah 'Angkara Gunung Kinabalu Marah' Aksi Bogel? 89 pendaki Gunung Kinabalu masih hilang...

Sabtu, 6 Jun 2015




Gempa Sabah Angkara Gunung Kinabalu Marah Aksi Bogel


272


KOTA KINABALU – Gempa terkuat dalam sejarah Malaysia yang melanda Sabah pagi Jumaat dipercayai akibat kemarahan aki atau pelindung Gunung Kinabalu terhadap aksi bogel 10 pelancong asing di situ baru-baru ini.
Beberapa pengguna laman sosial Twitter mendakwa, tindakan biadap kumpulan pelancong dari Eropah tersebut bertelanjang dan memarahi malim gunung yang menegur mereka adalah kemuncak perasaan amat marah aki.
Malah ada netizen tempatan menulis, gempa pukul 7.17 pagi bermagnitud 5.9 pada skala Richter sebagai balasan kepada sikap pendaki tidak menghormati kawasan yang dianggap suci di gunung tertinggi Asia tenggara itu.

Baca: Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung

Seorang pembangun laman web berasal dari Sabah yang enggan dinamakan memberitahu, selain berbogel, ada pelancong asing kencing di kawasan itu, sekali gus mengundang kemarahan roh semangat Gunung Kinabalu.
Pengguna Twitter ‏@Zulfahmiabsalam pula menulis, seorang rakannya di Sabah turut berpendapat sama dan berkata, ‘penjaga’ gunung tersebut hanya menunggu masa sahaja sejurus insiden bogel pada 30 Mei lalu.
Namun, @Zaxania menyifatkan cubaan penduduk tempatan mengaitkan dua insiden itu sebagai ‘kenyataan bodoh’ dan meminta mereka tidak merumuskan kelakuan pelancong terbabit mendapat balasan daripada hukum alam.
MtKinabalu view from kundasan.jpg
Awal bulan ini, media tempatan menyiarkan gambar-gambar sekumpulan pendaki asing termasuk empat wanita gembira bertelanjang di South Peak dekat puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari paras laut tersebut.
Ekoran itu, penduduk Sabah kesal dengan insiden itu dan ramai mendakwa, tindakan pendaki terbabit menggelar malim gunung tersebut sebagai bodoh hanya kerana menegur kelakuan mereka sebagai ‘menjemput’ bencana.
Menurut pihak berkuasa Taman Sabah, setiap pendaki wajib mematuhi peraturan termasuk menjaga tingkah laku dan perkara ini turut dimaklumkan oleh semua malim sebelum pendakian bermula. – Agensi/H.A.AMREE

89 pendaki Gunung Kinabalu masih hilang

FMT Reporters

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota SMART bantu mangsa


dabah_gempabumi_600


PETALING JAYA: Seramai 105 pendaki di Gunung Kinabalu dikhuatiri terperangkap selepas berlaku gempa bumi berskala 5.9 richter di negeri itu awal pagi Jumaat.

Menurut jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), sebanyak 89 pendaki lagi dilapor masih hilang dan tidak dapat dikesan.

Berikutan perkembangan yang berlaku, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu operasi berkenaan.

Timbalan Setiausaha MKN, Ogu Salim Omar berkata pasukan yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah tengah hari Jumaat.

“Anggota terbabit termasuk paramedik, kejuruteraan dan penyelamat. Setakat ini tiada mangsa yang terbunuh atau tercedera dilaporkan, dan kami masih lagi menunggu perkembangan terkini,” katanya.

Beliau berkata bantuan dari segi perubatan akan dihantar ke Sabah bergantung kepada keperluan.

Menyentuh mengenai gempa bumi itu, Ogu Salim berkata MKN menerima maklumat mengenainya 15 minit selepas kejadian tersebut pada jam 7.30 pagi.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah dengan pusat gempa terletak 16km di barat laut Ranau.

Gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena