
Gua pon tak lalu nak makan.. hurmmm..
Politik Melayu Masih Beku
Bila ugama jadi agenda politik
PAS di katakan parti yang mendokong ISLAM berpandukan Alquran dan Hadis. Sejauh mana sebenarnya PAS menghayati dalam perlaksanaan politik. Perisiden PAS dilihat seperti baru mahu menghilangkan bayangan TGNA dari melindungi dirinya.Jika mahu menjalankan dasar islam sepenuhnya maka PAS mesti menerajui kepimpinan di PUSAT. Tetapi PAS seperti tidak faham untuk ke arah itu.Dalam negara seperti Malaysia PAS masih bermimpi untuk bergerak sendiri.
1MDB olih Muhyidin
Dalam keadaan negara di selubungi berbagai isu yang menjadi persoalan,melayu masih terkapai -kapai untuk mencari ALTENATIF PARTI dalam corak pemerintahan MALAYSIA.Ada PAKATAN RAKYAT tetapi dilihat semakin rapuh untuk rakyat mengharapkan mentadbir NEGARA. Melayu masih di belengu pemikiran untuk mempercayai tanpa UMNO melayu akan hilang di dunia..Jika ini berterusan maka UMNO akan terus mengongkong pemikiran melayu.
Kerajaan Perpaduan
Sampai bilakah pemikiran melayu dalam politik ini akan dapat bersaing dengan pemikiran politik bukan melayu.Maksud saya pemikiran politik melayu bawahan.... yang beranggapan UMNO adalah nyawa pada orang melayu. Adakah melayu lupa berapa ramai Pahlawan Melayu sebelum UMNO ujud. Mereka tidak pun menjadi ahli UMNO. Dan ramai diantara mereka menjadi buruan INGGERIS , tidak seperti Pemimpin UMNO yang di sanjung INGGERIS.
Posted by otaistillkick

0 comments:
Post a Comment