Monday 13 July 2015

GHB buat 'roadshow' seluruh negara disertai PKR dan DAP...'Tamparan hebat kepada Pro Ulama PAS'

Isnin, 13 Julai 2015

Tamparan Hebat Buat Golongan Pro Ulama Dalam PAS


Tamparan Hebat Buat Golongan Pro Ulama Dalam PAS. Kumpulan progresif yang tersingkir dalam PAS akan mengumumkan secara rasmi tapak aktiviti mereka yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada satu sidang media hari ini, sebagai pra kepada penubuhan parti politik baharu di Malaysia.

Ia akan diumumkan pengerusinya Mohamad Sabu, selepas pembentukannya pertama kali diumumkan pada pertemuan di Muar, Johor, 16 Jun lalu, mengambil nama G18 sempena 18 pemimpin yang tersingkir pada pemilihan parti awal Jun lalu.

"Esok kita akan umumkan struktur asas gerakan ini sebelum membuat jelajah atau 'roadshow' seluruh negara selepas Aidilfitri ini," kata sumber kumpulan itu kepada The Malaysian Insider semalam.

Roadshow pertama akan diadakan di Kota Baru dan Perlis pada Hari Raya ketiga, Ahad 19 Julai, di mana pemimpin mereka akan bertemu dengan orang ramai bagi menguji sambutan ke atas mereka.
Sebelum ini, kumpulan ini mengadakan 2 pertemuan umum iaitu di Bakri dan Tongkang Pechah, kedua-duanya di Johor, yang kini menjadi pusat aktiviti utama kumpulan ini.

"Di kedua-dua majlis di Johor itu, kami mendapat sambutan yang baik. Kami akan nilai sambutan terhadap kami di seluruh negara pula dalam roadshow selepas raya ini," kata sumber itu.

Tamparan Hebat Buat Golongan Pro Ulama Dalam PAS

Di Kota Baru, majlis penerangan itu akan diketuai bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dengan disertai Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Di Perlis pula, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan mengetuai majlis yang turut dijangka disertai wakil PKR dan DAP.

"Selepas 2 program ini, kita akan adakan pula program yang sama di seluruh negara untuk sambutan dan kehendak rakyat terhadap kami," kata sumber itu yang turut memaklumkan jurucakap rasmi kumpulan ini adalah Mat Sabu dan timbalannya Salahudin Ayub.

Sehingga kini, The Malaysian Insider difahamkan, pelbagai pihak menyatakan kesediaan untuk bersama wadah baharu politik pembangkang negara ini.

Petang ini juga, kumpulan ini akan mengadakan satu pertemuan dengan wakil organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan pendekatan bersama yang perlu diambil.

Sebelum ini, pertemuan berasingan pernah diadakan dengan pemimpin NGO melalui majlis berbuka puasa dan perbincangan selepas solat terawih.

Selain NGO, mereka turut bertemu dengan tokoh masyarakat dan mendapat respons yang sangat positif daripada mereka.

"Saya rasa mereka melakukan kerja baik," kata Datuk Zaid Ibrahim bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada The Malaysian Insider ketika ditanya penilaian beliau terhadap kumpulan ini.

Beliau yakin, semua kumpulan yang bergerak secara berasingan sebelum ini akan bersama-sama kumpulan ini apabila platform rasmi dibentuk nanti.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini menjadi kumpulan pendesak dalam PAS agar kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga akan menyertai kumpulan ini.

"PasMa akan kekal sebagai NGO tetapi akan memberikan sokongan penuh kepada wadah baru ini," kata setiausahanya Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Ikram Malaysia (Ikram) turut menyatakan sokongan kepada penubuhan wadah baharu tersebut.

Turut menyatakan sokongan kepada keperluannya adalah pemimpin gerakan pelajar termasuk bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol yang menyatakan ia sebenarnya perlu dibentuk 5 atau 10 tahun lalu lagi.


Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena