Monday 13 July 2015

Rosak Imej Islam! Jangan Mudah Laung Takbir & Jangan tiup semangat perkauman...

Isnin, 13 Julai 2015

Jangan tiup semangat perkauman - IKRAM

  
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti peristiwa terkini berkaitan pergaduhan di Plaza Low Yat.

IKRAM sebagai sebuah badan tarbiah, dakwah dan kebajikan mengajak semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama supaya bertenang dan jangan meletakkan emosi menguasai diri.

IKRAM menyeru agar semua pihak berhati-hati membuat tindakan atau komentar dan tidak harus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmornian dan keamanan negara ini.

IKRAM meminta semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu ini dalam konteks perkauman dan juga berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan atas isu ini.

Sebagai sebuah badan NGO yang menjunjung asas perlembagaan negara untuk memastikan keharmornian rakyat Malaysia, IKRAM mengharapkan semua pihak memainkan peranan penting agar tidak ada langsung isu perkauman ditiupkan oleh pihak tidak bertanggungjawab samada melalui media, kelakuan dan percakapan.

IKRAM percaya setiap isu atau masalah dapat diatasi melalui cara keamanan dan saluran-saluran yang sah di sisi undang-undang.

IKRAM mengharapkan pihak-pihak bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang dapat memberi keutamaan kepada isu ini untuk diselesaikan segera dan tidak dibiarkan menjadi isu perkauman yang boleh menggugat keamanan negara.

IKRAM mengajak semua masyarakat Malaysia untuk sama-sama mengimpikan dan berusaha secara muafakat agar negara ini menjadi negara rahmah yang mana kekuatan utamanya haruslah didukungi oleh segenap lapisan masyarakat di dalam asas permuafakatan yang kukuh.

IKRAM mendoakan semoga negara Malaysia ini sentiasa mengutamakan permuafakatan oleh setiap lapisan masyarakat dan juga mengharapkan semua rakyat saling menghormati dan memelihara hak semua rakyat sama ada hak urusan berjual beli, beragama, keadilan dan lain-lain seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara.


MOHD PARID SHEIKH AHMAD presiden pertubuhan IKRAM Malaysia.

Kedahlanie

Jangan Mudah Laung Takbir Ketika Layan Amarah Bergaduh, Boleh Rosak Imej Islam - Dr Zaharuddin


Nampaknya isu kekecohan yang berlaku semalam di kawasan Plaza Low Yat Bukit Bintang Kuala Lumpur telah menarik perhatian pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini.

Jika kita lihat di dalam video yang tersebar menunjukkan terdapat ramai incividu melaungkan "Allahhuakbar" sambil memukul orang.

Menurut beliau, jika terdapat kes penipuan yang dilakukan maka buatlah laporan kepada tribunal tuntutan pengguna atau memulaukan sahaja kedai terlibat jika benar peniaga di situ kerap menipu.

“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat.

“Malah jika benar mereka kerap menipu, boikotlah sahaja,” katanya.

Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya tidak melaungkan takbir dengan sewenang-wenangnya seperti waktu sedang melayan nafsu amarah.

“Pergaduhan dan kebencian akibat dari hal duniawi semata-mata tidak layak dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam,” katanya.

Berikut adalah tulisan penuh beliau:



Read more: http://www.kitabantai.info/2015/07/jangan-mudah-laung-takbir-ketika-layan.html#ixzz3fkvXUXAA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena