Tuesday, 7 July 2015

PAS kini musuh k'jaan P Pinang? Pas berubah sejak 'pasukan baru' ambil alih pucuk pimpinannya

Selasa, 7 Julai 2015

PAS kini musuh k'jaan P Pinang, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, PAS telah menunjukkan dengan jelas bahawa ia adalah musuh kepada kerajaan negeri dengan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ekoran pemecatan wakil mereka dalam pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak lagi ada hubungan dengan DAP," kata Lim dalam sidang akhbar di George Town hari ini.

Menurutnya, jika PAS mahu ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri, maka parti itu sudah menjadi seperti pihak lawan.

Lim mengalu-alukan tindakan undang-undang itu, dengan berkata terpulang kepada rakyat untuk menghakimi tindakan PAS itu.

Menurutnya, parti itu telah benar-benar berubah sejak pasukan baru mengambil alih pucuk pimpinannya di mana usul memutuskan hubungan dengan DAP, telah diluluskan.

Berikutan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP, telah memecat ahli-ahli PAS dari jawatan rasmi.

"Kita akan bertemu mereka di mahkamah," kata Lim lagi.

PAS Pulau Pinang saman kerajaan negeri kerana pemecatan 
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata pihaknya tidak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, namun mengatakan pemecatan wakil parti tersebut tidak diberikan alasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Julai, 2015.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata pihaknya tidak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, namun mengatakan pemecatan wakil parti tersebut tidak diberikan alasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Julai, 2015.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.
"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.
"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.
"Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.
"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.
Sehingga kini, 2 orang wakil PAS dalam majlis perbandaran dipecat DAP susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS, baru-baru ini.
Timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut dipecat daripada bertugas di pejabat ketua menteri pada 12 Jun lalu. – 6 Julai, 2015.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena