Ummi Hafilda ke rumah Muhyiddin, umum keluar Umno
Adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali – Umi Hafilda Ali yang kecewa dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak bersetuju dengan cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani skandal 1MDB, hari ini mengumumkan keluar dari Umno.
Ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman Muhyiddin, katanya, beliau malu mengaku dirinya sebagai ahli Umno dan meminta rakyat bangun menegakkan kebenaran.
Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.
“Atas apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, saya Umi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi pertama kepada kerajaan dalam kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno,” katanya.
Umi Hafilda berkata beliau seorang anggota Umno bahagian Gombak. – Malaysiakini
1 comments:
Lagi certa panas terbaru ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
Post a Comment