Saturday, 4 June 2016

AMK berkempen bantu calon AMANAH...Adakah menyinggung perasaan PAS? Itu bukan masalah kami!

Ahad, 5 Jun 2016
Jom Berarak Bersama Calon Harapan Rakyat di Hari Penamaan Calon P.067 Kuala Kangsar. 

#HarapanRakyat
#Amanah4KualaKangsar
#UndilahCalonPakatanHarapan

AMK berkempen bantu calon AMANAH

Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata mereka hanya akan menggerakkan jentera membantu kempen dua calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar dan Kuala Kuala Kangsar.
Setiausahanya Chang Lih Kang bagaimanapun berkata gerak kerja kempen itu disasarkan bagi menghadapi calon BN dan bukan PAS - satu lagi parti yang menyertai pilihan raya kecil berkenaan.
"Sasaran kami sangat jelas, kami melawan BN. Kami tidak akan berkempen parti lain kecuali BN," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Chang menjawab soalan media berkenaan kemungkinan kempen mereka dalam dua pilihan raya kecil akan menyinggung perasaan PAS.
Ditanya lebih lanjut sama ada bantuan diberi kepada AMANAH akan menyebabkan PAS tidak senang kerana kedua-dua parti itu bersaing, Chang menjawab, ia bukan masalah kepada mereka.
"Kami buat apa yang kami rasa betul, tetapi jika ia menjejaskan mereka (PAS), ia bukan masalah kami," katanya.
Sempena Ramadan juga Chang memberitahu pendekatan kempen mereka tidak akan berbentuk negatif.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena