Wednesday, 8 June 2016

Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN.

Rabu, 8 Jun 2016

Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN

 | BORHAN AHMAD
Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Setelah cadangan beliau agar calon Pas dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan Umno ditolak, kini bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengajak pengundi agar menyokong calon Amanah.
Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini menyertai PKR berkata, beliau menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama-sama Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN,"katanya dalam kenyataan itu.
Beliau yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya.
Namun dalam keadaan sekarang, Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.
"BN di satu pihak. Mungkin Pas bersama-sama di situ dan Pakatan Harapan (PH) di satu pihak yang lain," katanya.
Bagi beliau, rakyat Malaysia harus memilih antara satu.
"Sama ada kita pilih kerajaan BN atau kita pilih kerajaan PH. Ini adalah realiti politik negara kita pada ketika ini," katanya.
Katanya, siapa yang diharap boleh memimpin negara ini dengan lebih baik hendaklah dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
"Kita boleh menunjukkan sikap ini bermula dengan Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Bagi saya pilihan terbaik ketika ini ialah dengan mengundi Pakatan Harapan melalui Amanah," katanya.

Beliau kesal kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Pakatan Harapan melawan BN.
"Mengapa ini tidak menjadi keutamaan mereka? Kerajaan BN jelas banyak kelemahan hari ini. Terlalu banyak.
"Kalau begitu mengapa Pas tiba-tiba tukar pendirian? Oleh itu dalam keadaan begini pengundi-pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah," kata beliau dalam kenyataan itu.
Bagi beliau, dalam keadaan sekarang, Amanah bersama-sama Pakatan Harapan hendaklah diberi peluang untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.
Bagi beliau, semua pihak perlu ketepikan segala perbezaan di sebelah Pakatan. Bersatu untuk menuju ke Putrajaya dan lakukan pembaharuan besar-besaran.

Beliau mahu negara ini dipimpin dengan lebih baik.
"Lakukan penjimatan dari segi perbelanjaan. Lakukan pembaharuan di dalam bidang pendidikan. Keluarkan jaguh-jaguh dari sekolah, maktab dan Universiti," katanya.

Negara ini, katanya, lapar dengan pemimpin-pemimpin yang benar-benar amanah dan berwibawa.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena