Tuesday 7 June 2016

PAS bersendirian memang kuat, menang pilihan raya belum tentu..."Amanah yakin tetap dapat undi ahli PAS".

Selasa, 7 Jun 2016

PAS bersendirian memang kuat, menang pilihan raya belum tentu

Mohammad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui bekas partinya PAS sememangnya nampak kuat apabila bersendirian sejak perpecahan Pakatan Rakyat namun ia belum mampu menjamin kemenangan mereka dalam pilihan raya nanti.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman sebagai bekas timbalan presiden parti Islam itu, PAS sukar untuk menang dalam pilihan raya walaupun parti Islam itu kuat bila bersendirian.
“Kalau kita bercakap dalam istilah pilihanraya, kalau kembali seorang diri, ya, kita kuat. Saya biasa ceramah di Kedah. Kehadiran hampir 100,000. Pakai kopiah putih sejauh mata memandang.
“Tetapi bila datang pilihanraya tempat ceramah itu pun tidak menang. Orang bukan Melayu tidak mengundi kita. Orang bukan Melayu di sesetengah tempat adalah penentu Dun dan Parlimen,” katanya ketika berucap di ceramah kelompok di Kampung Sayong Lembah, pada malam Isnin.
Beliau juga menggesa supaya ahli PAS mengundi calon Amanah supaya BN dapat ditewaskan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli Pas, adik-adikku yang dikasihi dan gigih bekerja, kamu boleh terus undi calon Pas tetapi tidak akan menang. Maaf saya berkata sedemikian.
“Nak kekal dalam parti itu silakan tetapi tolong undi calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN. Saya ulang sekali lagi, Pas bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad tetap yakin mendapat undi daripada ahli PAS walaupun mereka menganggap Amanah sebagai musuh.
“Saya yakin tetap dapat undi ahli PAS. Saya jumpa ramai dah. PAS sudah gagal. Melainkan di bawah Pakatan Rakyat. Jadi sekarang ini, melalui Pakatan Harapan sahaja mampu menumbangkan BN,” katanya. – 7 Jun, 2016.
THE MALAYSIAN MIRROR

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena