tanda2 BN nak lingkup...buat ceramah tak ada org yg nak dgr.......tv3 suku saja yg kata kehadiran 50 ribu org....
Amanah menyelamat maruah perjuangan Islam, tegas Ustaz Fakhrul
Amanah terus mengorak langkah untuk menjadi penerus bukan mengkhianati perjuangan Islam, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar.
Kewujudan Amanah, ujarnya, adalah bagi mempertahan dan menyelamatkan maruah Islam selepas banyak dirosakkan oleh kepimpinan Pas.
"Bahkan golongan non-Muslim pun melihat berlakunya banyak maki hamun, label melabel serta tidak konsisten prinsip.
"Sikap memusuhi juga meresap pada segelintir pimpinan utama yang kononnya mendakwa pejuang Islam sebenar," jelasnya yang dipercayai merujuk kepada Pas.
Beliau berkata, tuduhan Amanah sebagai mengkhianati Islam ketika musim kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini berlaku apabila Amanah dilihat sebagai ancaman kepada Pas.
Menurutnya, Amanah bukanlah parti yang bersekongkol dengan kezaliman pemerintah untuk digelar pengkhianat.
"Khianatkah kalau Amanah terus konsisten melawan rejim BN? Khianatkah kalau Amanah terus melawan kezaliman dan penyelewengan?
"Khianatkah kalau Amanah terus menyampaikan mesej Islam kepada non Muslim di negara ini?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Fakhrul Razi berkata, politik merupakan wadah untuk dakwah bukan akidah, justeru tidak salah berbeza atau banyak pandangan.
"Salahnya apabila kita hanya dengan rasa pandangan sendiri. Pendapat kita saja yang betul. Ini .menyempitkan Islam itu sendiri sedangkan Islam meraikan kepelbagaian pandangan," tambahnya.
Beliau turut menyifatkan Pas sudah ketandusan idea sebaliknya cuba mewujudkan persepsi buruk kepada Amanah.
"Mereka (Pas) sendiri gagal menjelaskan isu yang dibangkitkan termasuk berkaitan jenayah dan salah guna kuasa yg merupakan maksiat dan harus dihapuskan bukan dibela atau dinasihati," bidasnya lagi.
Abby Abadi percaya Amanah mampu bela agama, penuhi keperluan rakyat
Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.
Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.
"Apa yang rakyat perlukan... dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela...," ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.
Beliau dipercayai merujuk kepada calon Amanah bagi Parlimen Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu.
Pemilik nama Arbaiyah Abd Manan, 39, itu mulanya dikenali sebagai anggota penyanyi kumpulan Elite lewat 1990-an sebelum terjun ke bidang lakonan.
Abby yang kemudiannya sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama dan filem kepolisan, Gerak Khas sejak 1999 menjadi ahli Pas pada 2012 apabila membuat keputusan untuk bertudung.
Pada 2015, Abby mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Muhammad Faizal Zakaria yang merupakan wartawan portal rasmi Pas, Harakahdaily.
0 comments:
Post a Comment