Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah yang pertama sejak 1999 bila parti-parti pembangkang yang besar iaitu Pakatan Harapan dan PAS bertembung. Ramai yang bertanya apa perlunya Pakatan Harapan bertanding? Kenapa tidak dibiarkan sahaja PAS bertanding kerana yang penting Barisan Nasional ditumbangkan dahulu. Ia tidak semudah itu, ikuti penjelasan saya kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan untuk bertanding. Mohon sebarkan seluasnya terutamanya kepada sahabat-sahabat yang mengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Genap 2 bulan laporan PAC keatas 1MDB.. apakah kesudahannya?
SUDAH DUA (2) BULAN APA STATUSNYA??
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 7 April 2016 dan juga telah dimuatnaik di laman sesawang Parlimen sehingga hari ini.
Hari ini 8 Jun 2016 maka genaplah dua (2) bulan Laporan tersebut dikemukakan kepada umum. PAC dalam laporannya mencadangkan beberapa tindakan diambil samada oleh Kerajaan, Kementerian Kewangan mahu pun pihak Polis.
Laporan tersebut telah mendedahkan beberapa salah urus dana negara oleh pihak-pihak tertentu tetapi sehingga hari ini kita masih tidak mengetahui apakah statusnya. Adakah siasatan sedang dan masih berjalan? Adakah pihak-pihak terlibat yang dinamakan di dalam Laporan tersebut telah dicari, dipanggil dan disiasat?
Laporan tersebut cukup mudah untuk dibaca dan difahami. Tidak memerlukan kepakaran khusus untuk memahami kandungan laporan tersebut. Pihak Polis dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan rasanya tidaklah dungu sangat untuk memahami laporan tersebut dan mengambil tindakan.
Persoalannya ialah kenapa seperti tiada tindakan dan berapa lama masa yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan?
Zulhami Shariff
BERANI BERUBAH
BERANI BERUBAH
Posted by Kedah Lanie
0 comments:
Post a Comment