Monday 14 January 2019

[Video Beri wang kepada sukarelawan tak salah] MyPPP parti mesra BN DIHARAMKAN!

Isnin, 14 Januari 2019

MyPPP diharamkan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran MyPPP mulai hari ini.
Pembatalan itu dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim kepada parti dengan salinan kepada pemimpin-pemimpin hari ini, melalui sepucuk surat.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati "tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya".
"Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini," menurut salinan surat itu yang dilihat Malaysiakini.
Parti itu sebelum ini mengalami krisis kepimpinan apabila dua kem masing-masing mendakwa menerajui parti itu.
Kumpulan bekas menteri M Kayveas mengisytiharkan MyPPP sebagai bebas dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.
Kem bekas timbalan menteri Maglin D' Cruz pula berkata MyPPP adalah parti mesra BN.
Surat pembubaran parti itu dihantar kepada kedua-dua kem.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena