Perangai pelik si Najib...
Peli-pelik kerajaan Najib Razak bila dah tidak jadi PM. Selalu ulang alik ke pejabat SPRM dalam sebulan ada dua tiga kali.
Turun minum dengan orang ramai di warung kopi dan masuk ke merket chek harga barang, ikan dan telor. Lepas tu masuk bersyarah bawah kolong (basement).
Itu semua kira ok lagi, tetapi yang ini nampak berat nanar sangat dah. Pegang michrophone duduk atas kerusi kemudian naik duk atas meja pingpong.
Ini kira termasuk dalam salah guna tahu. Meja pingpong orang buat main pingpong bukan guna cara begini.- MSO
TS.
Presiden Skuad Badar ditahan untuk siasatan
Presiden Skuad Badar Azhar Mohamad ditahan pihak berkuasa semalam bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi.
Beliau ditahan bersama seorang lagi ahli NGO itu yang berusia 30-an, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda.
Menurut laporan Harian Metro, penahan itu mengakibatkan Azhar, 46 direman selama empat hari bagi tujuan siasatan.
Difahamkan penahanan kedua-dua mereka dipercayai susulan laporan yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) terhadap Azhar seperti yang tular di laman sosial.
Azhar dikatakan ditahan kerana melakukan aktiviti penguatkuasaan tanpa kebenaran JHEAIK dan skuad itu tidak pernah dilantik menjadi penguat kuasa agama yang sah.
Selain itu menurut laporan JAHEAIK, skuad itu tidak pernah diberikan tauliah ataupun dibenarkan memasuki premis tanpa kebenaran dan waran geledah.
Penahanan pengasas NGO itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, namun beliau enggan mengulas lanjut.
Skuad Badar terkenal dengan sesi tarbiahnya terhadap pasangan ditangkap khalwat yang dijalankan di atas kubur.
mk.
0 comments:
Post a Comment