Friday 18 January 2019

[Video Bila Najib akan minta maaf?'] Sekadar permohonan maaf Goldman Sachs tak cukup, kata Lim & G.Sach pohon maaf bukti bukan derma dari Raja Saudi...BOSSKU Hang tak malu ke?

Jumaat, 18 Januari 2019
Goldman Sach pohon maaf bukti bukan derma dari Raja Saudi.... 
Image result for Goldman Sachs CEO David Solomon on Wednesday (Jan 16) apologised to the Malaysian people
Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon, semalam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner, dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).  

Tim Leissner (pix,bawah) mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk mengubah wang haram dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing. Lebih penting lagi, Goldman menghadapi penyiasatan di seluruh dunia, termasuk penyiasatan oleh Jabatan Keadilan A.S.. 

Apa yang lebih bermasalah kepada bank itu ialah apabila Tim Leissner memberitahu mahkamah semasa pengakuan bersalahnya bahawa terdapat satu "budaya" di Goldman Sachs iaitu memintas pematuhan dalaman(bypassing internal compliance).
Tim Leissner and Wife Kimora Lee Simmons - Goldman Sachs and 1MDB Scandal
Pada bulan lepas, Malaysia memfailkan tuduhan jenayah terhadap tiga anak syarikat Goldman Sachs Inc berhubung pengendalian bon mereka berjumlah AS $ 6.5 bilion yang diterbitkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).  

Ketiga anak syarikat itu ialah Goldman Sachs International (UK), Goldman Sachs (Singapore) Pte dan Goldman Sachs (Asia) LLC. Bagaimanapun, menurut bank berkenaan, pihaknya sudah melakukan urusan sewajarnya (due diligence) sebelum setiap transaksi dibuat. 

Goldman kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) di atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang mengumpulkan USD6.5 bilion (RM26.70 bilion) untuk 1MDB. 
Image result for appandi kata 2.6 bilion telah dipulangkan

Rosmah Mansor, isteri Najib,  dimaklumkan telah membeli kalung berlian berwarna merah jambu 22 karat - bernilai US $ 27.3 juta yang menakjubkan - menggunakan wang yang disedut dari 1MDB. Menurut siasatan A.S.-DOJ, urusan pembelian berlian merah jambu pada 2 Jun 2013 itu diurus oleh Jho Low. 

Datuk Najib, yang merupakan Pengerusi 1MDB, telah menafikan sebarang penglibatan dalam skandal itu, walaupun dia ditangkap dengan sejumlah US $681 juta dalam akaun banknya. Sebaliknya, Najib mendakwa bahawa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi, yang sehingga kini tiada bukti2 yang cukup untuk menyokong cakapannya. 

Kini, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon, meminta maaf atas peranan salah seorang bekas pekerja banknya dalam skandal 1MDB,  dengan itu "andaian" Najib bahawa AS $ 681 bilion (RM2.6 bilion) adalah derma dari keluarga diraja Saudi tidak boleh diterima lagi. Najib juga perlu bimbang tentang sejumlah AS$ 4.5 bilion yang dijarah dari dana 1MDB oleh Jho Low dan kuncu2nya. - TS (Penyesuaian dari article Goldman Apologises For 1MDB Scandal – Proof That Saudi Donations For Najib Did Not Exist At All - FT) 
TS.

Sekadar permohonan maaf Goldman Sachs tak cukup, kata Lim

Permohonan maaf oleh Goldman Sachs tidak cukup sebaliknya ia juga perlu membayar pampasan kepada Malaysia ekoran peranan rakan kongsinya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata permohonan maaf itu perlu bagi negara dan rakyat Malaysia namun Goldman Sachs juga harus menanggung dan menunjukkan tanggungjawabnya.
“Mohon maaf sahaja tidak cukup, sebaliknya mohon maaf berserta AS$7.5 bilion, itu yang penting.
“Hanya apabila anda membayar pampasan, maka ia akan memadai...kami sedang mendapatkan US$7.5 bilion (pampasan),” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelantikan pengatur utama bersama Bon Samurai di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Group Inc, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan bekas pegawai bank di firma itu dalam skandal 1MDB.
Goldman membantu menguruskan bon US$6.5 bilion bagi 1MDB dan Malaysia telah menfailkan pertuduhan jenayah terhadap bank tersebut serta dua bekas kakitangannya atas tuduhan mencuri.
Lim berkata Goldman perlu bertanggungjawab kerana perkara itu turut melibatkan pelanggaran tanggungjawab kewangan memandangkan industri perbankan mempunyai obligasi membayar kerugian yang ditanggung Malaysia.
“Goldman harus memahami kesan negatif yang ditanggung rakyat Malaysia disebabkan skandal 1MDB,” katanya.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menggugurkan pertuduhan berkenaan sekiranya Goldman membayar ganti rugi itu, Lim berkata: “sekiranya mereka membayar kita AS$7.5 bilion, barulah kita akan membincangkannya.”
- Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena