Friday 18 January 2019

[Video Lebih 30 tangkal dan azimat 'pelaris' ditemui di restoran mamak! Yerkkk] 1MDB: Goldman Sach perlu bayar ganti rugi AS$7.5 bilion, kata Lim.

Jumaat, 18 Januari 2019

1MDB: Goldman Sach perlu bayar ganti rugi AS$7.5 bilion, kata Lim

Firma Kumpulan Goldman Sachs yang didakwa terpalit dalam skandal 1MDB perlu bertanggungjawab dengan membayar ganti rugi sebanyak AS$7.5 bilion (RM 30.7 bilion) kepada Malaysia, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Dalam satu wawancara bersama CNN baru-baru ini, Lim dipetik oleh portal Utusan Malaysia Online sebagai menyifatkan jumlah itu sebagai munasabah berikutan RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sehingga kini tidak dapat dijejaki.
“Yuran yang dibayar untuk khidmat mereka tidak dilaksanakan dengan sewajarnya dan melanggar tanggungjawab fudisiari.
“Hakikat bahawa mereka menguruskan perjanjian di mana 100 mata asas lebih tinggi daripada kadar pasaran, itu tidak masuk akal. 
"Saya berpendapat ramai orang boleh lakukan itu tanpa membayar AS$600 juta,” katanya.
Dalam wawancara sama, Lim turut berkata bahawa Goldman Sachs mempunyai maklumat mengenai skandal 1MDB kerana eksekutif kanan firma itu telah mengaku bersalah dan mempunyai akses penuh kepada bekas ketua pegawai eksekutif Goldman Sachs.
Katanya lagi, jika Goldman Sachs enggan membayar ganti rugi, Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap institusi kewangan itu.
“Mereka akan mengisytiharkan pendapatan tahunan pada bulan depan. Kami berharap Goldman Sachs membuat peruntukan untuk pembayaran ganti rugi kepada Malaysia dan mereka perlu bertanggungjawab.
“Bagaimanakah anda boleh menafikan tanggungjawab apabila anda mengutip sejumlah besar yuran, dan pada masa sama, menyiarkan kenyataan bahawa anda mewakili Malaysia, saya tidak fikir mereka boleh melarikan diri begitu mudah,” katanya.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, firma itu mendapat manfaat melalui penerimaan yuran taja jamin dan pengaturan sebanyak kira-kira RM2.5 bilion (AS$600 juta) yang berkali ganda lebih tinggi daripada kadar pasaran.
Goldman Sachs terus disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sejak 1 November lalu yang membawa kepada dua bekas eksekutif Goldman Sachs dituduh menjadi pemain utama dalam skandal 1MDB.
Seorang bekas pegawai Goldman, Tim Leissner, mengaku bersalah dan bersetuju membayar $43.7 juta sebagai ganti rugi kepada pendapatan secara tidak sah diperolehinya.
Dalam penerbitan sekuriti 2 November, Goldman Sachs menyatakan dokumen jenayah yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan mendakwa “sistem kawalan perakaunan dalaman firma itu boleh dengan mudah dielakkan dan bahawa budaya perniagaan firma, khususnya di Asia Tenggara, pada masa-masa yang mengutamakan penawaran sebarang urusan berbanding pematuhan yang betul.
Goldman Sachs berkata ia bekerjasama dengan pendakwa raya persekutuan dan pihak berkuasa lain, sambil menambah bahawa ia “tidak dapat meramalkan hasil” siasatan itu tetapi resolusi itu boleh menyebabkan “denda penting, penalti dan sekatan lain terhadap firma itu.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena