Sunday 6 January 2019

[Video Guan Eng luah empati buat Mat Sabu, 'Bukan mudah jadi bapa'] Guan Eng: Kadang-kala jadi bapa lebih sukar dari jadi menteri.

Ahad, 6 Januari 2018

Guan Eng: Kadang-kala jadi bapa lebih sukar dari jadi menteri

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa simpati terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikutan penahanan anak lelakinya kerana disyaki positif dadah dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata Mohamad telah melakukan perkara yang tepat dengan secara terbuka menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes anak lelakinya berusia 31 tahun itu.
Menurutnya, ia merupakan langkah tepat memandangkan tiada sesiapa pun di negara ini yang lebih tinggi daripada undang-undang dan Perlembagaan.
"Saya amat simpati kepada beliau kerana walaupun sukar untuk menjadi menteri, tetapi kadang kala ia lebih sukar untuk menjadi seorang bapa,” kata Anggota Parlimen Bagan itu kepada pemberita hari ini.
Beliau turut melahirkan sokongan kepada Mohamad dan berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada keluarga beliau serta membiarkan proses undang-undang diambil dengan sewajarnya.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata beliau memahami apa yang dialami Mohamad ketika ini kerana anaknya juga pernah dituduh mencabul rakan sekelasnya.
"Saya memahami keadaan Mat Sabu kerana saya sendiri juga seorang bapa... Lebih-lebih lagi keluarga saya yang selalu menjadi sasaran. Jadi saya berharap mereka akan bertabah hati dalam menghadapi cabaran ini," katanya.
Dalam laporan media semalam, anak Mjohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan rakannya berusia 33 tahun ditahan dalam pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 pagi.
Kedua-dua lelaki berkenaan disyaki positif dadah jenis ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena