Thursday 17 January 2019

[Video LIVE: Ceramah umum Anwar Ibrahim dari Sg Koyan 1, Cameron Highlands] Jelai jadi sasaran pemimpin kanan PH.

Khamis, 17 Januari 2019

Jelai jadi sasaran pemimpin kanan PH

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual hadir di Jelai bagi memberi sokongan terhadap calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Menurut Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh, jentera PH akan ditumpukan di DUN yang dikuasai oleh Barisan Nasional, iaitu yang kini dipegang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail. Satu lagi kerusi DUN di Cameron Highlands adalah Tanah Rata yang sememangnya adalah kubu DAP.
Wan Azizah akan berada di Jelai pada 23 Januari dan Mahathir sehari sebelum tarikh mengundi iaitu pada 25 Januari.

"Kita seluruh jentera PH akan beri timpuan di Jelai. Sebabnya hari ni (17 Jan) Anwar Ibrahim akan berada di sini juga beri tumpuan di DUN Jelai.
"Tun M 25 Januari di sini kerana ini adalah kerusi DUN adalah BN. Di Tanah Rata adalah kekuatan kita di sana. (Jadi) kita akan beri fokus di sini," katanya pada sidang media di bilik gerakan di Felda Sungai Koyan 3 hari ini.
PH meletakkan calon dari DAP bertanding di kerusi ini iaitu M Manogaran dengan pertembungan empat penjuru antara calon BN dan dua dari Bebas.
Kerusi Cameron Highlands disytiharkan kosong susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan 9 Mei tahun lalu atas alasan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.
Pada pilihan raya umum ke-14 itu, naib presiden MIC C Sivarraajh mengalahkan Manogaran.
Sivarraajh memperolehi 10, 307 undi manakala Manogaran pula 9,710. Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena