Sunday 6 January 2019

[Video Titah Perintah DYMM Tuanku Raja Perlis] 30 veteran tentera tidak berpencen Perlis sertai AMANAH.

Ahad, 6 Januari 2019
30 veteran tentera tidak berpencen Perlis sertai AMANAH.
30 veteran tentera tidak berpencen Perlis sertai AMANAH
Yakin dengan kepimpinan yang sedang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa kepada penyertaan 30 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen PVATTBM) Negeri Perlis, menyertai AMANAH kawasan Kangar.

Dalam majlis santai bersama Presiden AMANAH, Pengerusi PVATTBM Perlis, Haji Ismail Bidin telah menyerahkan borang 30 ahli berkenaan menyertai AMANAH kepada Mohamad Sabu petang kelmarin.

Manakala Pengerusi AMANAH Negeri Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim mengalu-alukan kemasukan Ismail bersama ahli veteran tentera.
Malah katanya, kemasukan beramai-ramai veteran tentera kali ini menyerlahkan lagi sokongan mereka kepada AMANAH dan PH.

“Adalah diharapkan selepas ini akan ada ramai lagi bekas tentera yang akan mengikut jejak ini.

“Dengan kemasukan beramai-ramai veteran tentera ini membuktikan kerajaan PH mampu untuk memberi pembelaan kepada semua golongan masyarakat.

“Sehubungan itu ia bukan saja mengukuhkan lagi sokongan kepada AMANAH tetapi juga kepada PH, khususnya di negeri Perlis, ” ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, AMANAH senantiasa berusaha bagi memastikan lebih ramai masyarakat menyertai parti tersebut.
Yang pasti jelasnya, dokongan kepada AMANAH akan berterusan sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
MD.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/pengerusi-dan-30-veteran-tentera-tidak-berpencen-perlis-sertai-amanah/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena