Saturday 5 January 2019

[Video UEC-Perlu Ambil Kira Sensitiviti Semua Kaum - PM] Pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan sekolah kerajaan hanya RM1.

Ahad, 6 Januari 2019
Aku konfius ni...  Pasai apa Menteri kena bincang dengan pihak istana pula  dalam isu penganjuran sukan Sukma Johor...? 
TS.
Pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan sekolah kerajaan hanya RM1 
Pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan sekolah kerajaan hanya RM1
Kementerian Kesihatan nafi mengenakan caj sehingga RM100 bagi pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan ke sekolah milik kerajaan, seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Asrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Dr Chen menjelaskan caj pemeriksaan kesihatan sebanyak RM100 hanya dikenakan untuk pelajar sekolah swasta yang merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal, x-ray dan urine FEME selaras perintah Fi (Perubatan) 1982.
Terdahulu dalam satu kenyataan beliau berkata, Sekolah Asrama Penuh Kerajaan merangkumi sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerajaan lain, termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera Diraja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.

Semalam, seorang pengguna Facebook mendakwa perlu membayar caj RM111 untuk pemeriksaan anaknya yang akan memasuki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.

Menurut catatannya yang dimuat naik, beliau dimaklumkan bahawa pengurusan hospital yang dilawatinya mendakwa bahawa caj berkenaan adalah polisi kerajaan baharu.
— BERNAMA
Berita penuh https://malaysiadateline.com/pemeriksaan-kesihatan-pelajar-untuk-kemasukan-sekolah-kerajaan-hanya-rm1/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena