Lelaki Tawan Tebusan Di Sydney Adalah Ulama/Pelarian Iran..
Man Haron Monis. Foto EPA
YDNEY: Lelaki bersenjata yang menawan sejumlah tebusan di sebuah kafe pada Isnin merupakan seorang pelarian Iran yang disabitkan atas kesalahan serangan seksual dan dikenali kerana menghantar surat kebencian kepada keluarga tentera Australia yang terkorban di luar negara, kata sumber polis.Menurut sumber lain, setelah melakukan penyelidikan berjam-jam, polisAustralia akhirnya berjaya mengenal pasti salah satu pelaku tebusan di kafeLindt, Sydney. Salah satu pelaku itu diketahui bernama Man Haron Monis.Seperti dilapor dari BBC.com, Isnin.
Menurutnya, Monis adalah seorang ulama asal Iran. Dia telah lama tinggal diAustralia selepas diberikan suaka oleh kerajaan. Hasil siasatan polis, Monisternyata sudah banyak tersandung kes, termasuk pembunuhan terhadapbekas isterinya. Dia juga tengah menghadapi sebanyak 40 tuduhan atas kespenderaan seksual.
Pelaku saat ini masih menculik banyak orang di dalam kafe sejak Isnin pagi.Sejauh ini sudah ada lima tebusan yang berjaya melarikan diri. (IH)
Pasukan polis khas taktikal mendapatkan salah seorang tebusan yang menyelamatkan diri keluar dari sebuah kafe di pusat daerah perniagaan Sydney yang kini ditawan oleh seorang lelaki bersenjata. Foto AP
Orang ramai menyaksikan insiden lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di tengah bandar Sydney, Isnin.
Satu paparan skrin daripada saluran Channel 7 News menunjukkan seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di kafe Lindt di Sydney pada Isnin. Foto EPA
0 comments:
Post a Comment