Thursday, 11 December 2014

Jenazah Anggota MALBATT 850-2 dilayan macam 'BUNGKUSAN BERAS'? Tuduhan yang 'agak keterlaluan'...

Jumaat, 12 Disember 2014

BETUL KE ANGGOTA MALBATT YANG DALAM MISI UNIFIL DI LUBNAN MENINGGAL DUNIA LIMA HARI LALU JENAZAHNYA DI LAYAN MACAM BUNGKUSAN BERAS??????
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/betul-ke-anggota-malbatt-yang-dalam.html
BETUL KE ANGGOTA MALBATT YANG DALAM MISI UNIFIL DI LUBNAN MENINGGAL DUNIA LIMA HARI LALU JENAZAHNYA DI LAYAN MACAM BUNGKUSAN BERAS?





" Seorang perwira negara gugur di Lubnan. Jenazah di bungkus macam bungkus beras. Kalo MH kemain lagi punya layanan. Adil ke layanan yang di berikan kepada warga ATM macam ini?" ...

 Kiriman sahabat SSTV (Warga ATM). Setelah dibuat selidikkan Omak dapati amat jelas sekali rungutan keluh resah tidak puas hati pihak yang menyebarkan kisah ini mempunyai niat untuk menyemarak dan menanamkan perasaan benci dan berang kepada pihak yang memberikan layanan berbeza antara mangsa-mangsa  MH17 dengan anggota Malbatt yang terkorban di Lubnan. 

Rasanya sudah cukup dan lebih dari memadai dengan apa yang pihak ATM lakukan dalam mengurus jenazah Allahyarham Koperal Azman Che Soh. Dengan memuat naik gambar keranda dibawa turun dengan di ikat rapat berbungkus disamakan dengan membungkus beras langsung tidak relevan sama sekali jika dilihat turutan dari situ. 

Seorang anggota MALBATT 850-2 yang dalam misi UNIFIL di Lubnan meninggal dunia lima hari lalu selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika bertugas. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan, anggota terbabit, Koperal Azman Che Soh ketika itu sedang bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah, Lubnan. 

Azman dikatakan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dan kemudiannya dibawa untuk rawatan awal di hospital Level 1 MALBATT oleh pegawai perubatan, Kapten Dr Mohd Hamzi Mohd Yatim. 

"Memandangkan anggota masih tidak sedarkan diri, dia telah dirujuk ke Hospital Level 2, Naqoura dan dirawat oleh pakar perubatan hospital terbabit. "Pada jam 10.45 (waktu tempatan) anggota berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan hospital berkenaan," katanya. 

Jelas kenyataan itu lagi, punca kematiannya juga belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Hariri, di Beirut. Majlis Penghormatan kepada anggota terbabit juga dijangka diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, sebelum jenazah diterbangkan ke Kota Bahru bagi urusan pengebumian. 

Allahyarham yang berasal dari Kampung Pelunggol, Melor meninggalkan seorang balu, Fatimah Senik dan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki, masing-masing berusia 7, 4 serta 3 tahun.

 Allahyarham adalah anggota elemen Combat Rescue Team (CRT) MALBATT 850-2 dan menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sejak 18 September lalu. Solat jenazah dan penghormatan terakhir anggota Elemen Combat Rescue Team (CRT) MALBATT 850-2, Allahyarham, Kopral Azman Che Soh yang meninggal dunia semasa bertugas di UNP 2-1, Kem Marakah, Lubnan Sabtu lalu di Masjid Al Muhajirin Pangkalan Udara Subang. 

Jadi tuduhan mengatakan yang jenazah Allahyarham diberi layanan setaraf bungkusan beras adalah agak keterlaluan ... keranda yang membawa jenazah diikat dengan tali begitu rapi agar tidak bergoyang demi menjaga jenazah dalam keadaan baik... janganlah beremosi tinggi dengan membuat tuduhan membuta tuli sekadar menarik simpati dengan memberikan perbezaan yang bukannya realiti.
Posted by OMAK KAU!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena