Thursday, 11 December 2014

Stadium My Dinh memalukan Malaysia? 'Bola sepak membantu kita menjadi kawan'..."Harimau baham kita dilaman sendiri" ...

Jumaat,12 Disember 2014

Gambar Ini Amat Memalukan Malaysia.. Saksikanlah!

Gambar ni amat memalukan Malaysia. Kain rentang yang terdapat di dalam Stadium My Dinh, di Hanoi, Vietnam bermaksud, 'bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan'. 

Piala Suzuki AFF Separuh Akhir Kedua antara Vietnam menentang Malaysia jam 8.00 malam malam tadi, di Stadium My Dinh, Hanoi dihiasi kain rentang gergasi dalam bahasa Inggeris “Football help us becomes friends, do not do the opposite” yang bermaksud, “bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan”.

Ternyata kain rentang berkenaan bukan sekadar hiasan semata, sebaliknya boleh dianggap satu sindiran pedas lagi tajam terhadap sekumpulan samseng bolasepak yang mencetuskan kekacauan dan pergaduhan pada perlawanan separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 8 Disember lalu. 

Gambar ni amat memalukan Malaysia. Insiden berkenaan mendatangkan malu berganda kepada negara kerana sudahlah anak buah Dollah Salleh tersungkur 1-2 kepada pasukan lawan di gelanggang sendiri, enam penyokong Harimau Malaya pula ditahan polis. 

Lima penyokong lelaki diberkas kerana mengingkari arahan polis dengan membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. 

Seorang lagi lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokongVietnam pada minit akhir perlawanan dan yang lebih memalukan pergaduhan itu dicetuskan oleh provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia. 

Mujur pergaduhan itu dileraikan dengan tindakan pantas polis namun penyokongVietnam terbabit yang cedera di kepala enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian. 

Sehari kemudian pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang menjejaki 15 orang suspek bagi membantu siasatan kes kekecohan samseng bolasepak di Stadium Shah Alam itu. 

Walaupun sedih dan kesal menyaksikan rakyatnya diserang di stadium Shah Alam, kerajaan Vietnam melalui Duta Besarnya ke Malaysia Pham Cao Phong kelmarin memberi jaminan keselamatan terhadap penyokong Malaysia yang berkunjung ke Vietnam. 

Kata Pham, penyokong Malaysia tidak harus bimbang hadir menyaksikan pertandingan separuh akhir kedua di Hanoi dan kehaditan mereka akan dialu-alukan. 

Atas semangat sukan dan kawan tiada pun berlaku apa kejadian yang tidak bertamadun zaman babarian yang dilakukan oleh para penyokong Vietnam terhadap penyokong Harimau Malaya di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi dengan keputusan Harimau Malaya layak kepusingan akhir bertemu Thailand setelah menumpaskan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4.
Posted by 

PIALA SUZUKI 2014 SEPARUH AKHIR KEDUA STADIUM MY DINH, HANOI ... APA KATA AKHBAR VIETNAM POST
"Harimau baham kita dilaman sendiri ... Kami tidak boleh menerima kekalahan ditangan Harimau Melayu ... Harimau mempamirkan permainan yang bagus dengan menyumbat gol awal .. pemain kita tidak bermain seperti mana biasanya .. pemain senior merasakan sebahagian dari pemain sudah jual permainan .. 

jika apa yang dikatakan ini benar wajah persatuan gantung mereka seumur hidup ... sebenar Harimau Melayu tidak kuat mana pun ... pemain handalan mereka Safee Sali dan penjaga gawang tidak diturunkan tetapi pemain Kelantanlah punca utama mengapa permainan mereka lebih baik berbanding semasa perlawanan di Kuala Lumpur .. 

Pemain yang mempunyai potongan rambut yang hodoh walaupun sudah tua tetapi masih berbisa dan berpengaruh .. beliau bermain seperti Eric Cantona .. Keseluruhannya Harimau baham kita dan Safee Sali adalah pemain terbaik perlawanan malam tadi" 

Begitulah lebih kurang apa yang mau disampaikan oleh pengarang akhbar Vietnam Post mengenai perlawanan antara Harimau Malaya dengan Vietnam di Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi malam tadi. 

Sekejap kata corak permaian Harimau Malay mantap dan cantik .. sekejap kata tidak sehebat mana pun. Kata Safee Sali tidak diturunkan tetapi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pula. 

Dalam masa yang sama kutuk Indra Putra Mahyudin sebagai pemain tua yang mempunyai potongan rambut yang hodoh tetapi berpengaruh dan masih berbisa.
Posted by OMAK KAU!

Gambar penyokong Malaysia belasah penyokong Vietnam 7 disember 2014...



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena