Tuesday 2 December 2014

Macam-macam hal Azmin neh! AIR PERCUMA ditambah sekali ganda kepada 40 meter padu pulak...

Rabu, 3 Disember 2014

Photo: Kerajaan Selangor dibawah MB baru bertindak semakin kejam kepada rakyat Selangor bila cuba menaikkan lagi air percuma daripada 30 ke 40 meter padu..

Tak dapat2 kitarang nak bayar bill air... mencik!!

Nak buat income?
Nak berjimat bill lektrik dan minyak?
Lawat web gua...  www.senangjer.com

Selepas beberapa tahun menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, kerajaan negeri Selangor kini mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlahnya kepada 40 meter padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

“Sukacita saya maklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40 meter padu daripada 20 meter padu.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.
“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan,” katanya di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, lapor media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Beliau berkata, Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20 meter padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Pemberian air percuma 20 meter padu sebulan yang dimulakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memberikan banyak manafaat kepada penduduk Selangor ketika semua harga barangan dan kos hidup meningkat di negeri paling maju di Malaysia itu.

Susulan langkah itu, kebanyakan penduduk di Selangor mendapat air percuma setiap bulan atau membayar dengan kadar minima sekitar RM5 sebulan. M Insider

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena