Tuesday 2 December 2014

Parti Gerakan mahu Perwakilan Umno didakwa menghasut...

Selasa, 2 Disember 2014
Gerakan menuntut kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan 1948 secara adil, termasuk mendakwa beberapa perwakilan Umno yang didakwanya menghasut dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini. 

Biro Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Pusat parti itu merujuk kepada perwakilan Umno Mohd Zaid Mohd Said dan Mashitah Ibrahim. Pengerusi biro itu Baljit Singh juga menuntut tindakan sama terhadap presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali. 

“Saya harus katakan bahawa penguatkuasaan dan pendakwaan terpilih masih disaksikan dan menjadi isu mendesak untuk ditangani pihak berkuasa. 

“Pelaksanaan undang-undang secara adil menjadi prasyarat jika mahu mengekalkan Akta Hasutan. “Keadilan harus diberikan,” katanya sambil mendesak peguam negara mengambil inisiatif menjayakannya. 

Mashitah, bekas timbalan menteri, pada Rabu lalu mendakwa ada orang Cina di Kedah membakar Al-Quran untuk upacara sembahyang mereka. 

Ia berbeza dengan versi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa seorang lelaki Melayu ditahan di wad psikiatrik selepas mengoyak al-Quran. 

Manakala Zaidi, wakil Umno Pulau Pinang, pula berkata masyarakat Cina di Pulau Pinang menempa kejayaan hasil perniagaan haram. 

Beliau bagaimanapun hari ini dilaporkan menjelaskan hanya merujuk kepada "segelintir" masyarakat itu sahaja
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena