Tuesday 2 December 2014

[Video “Awak Kat Maner?”] Berita yang lambat diterima - Pemain S'pura mengamuk setelah kalah kepada M'sia

Selasa, 2 Disember 2014


Video Pemain Singapura Mengamuk Setelah Kalah Kepada Malaysia

Topik kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura dua hari lalu masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Yelah, dari penyebaran gambar salah seorang pemain, Safee Sali merokok sehinggalah kehilangan penjaga gawang Singapura ketika permainan masih berlangsung, ramai yang menarik nafas lega apabila pasukan Malaysia layak bertanding ke peringkat separuh akhir.

Cerita yang terbaru, satu laman berita Singapura, Singapore Seen mendedahkan  satu video ‘amuk’ salah seorang pemain simpanan skuad Singapura.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, pemain itu dilihat terpaksa ditenangkan pegawai kesihatan dan rakan pasukannya. Dia juga dilihat menendang barang berdekatan akibat amarah yang melampau! Ganas betul.

Rata-rata pengguna laman Facebook di Singapura tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut yang dilihat melampau dan tidak menggambarkan dirinya memiliki semangan kesukanan yang baik.

Malah, ada yang menulis, tindakan mengamuk tersebut lebih memalukan dari kekalahan skuad mereka menentang Malaysia!

- siakapkeli
BLM

TERLAWAK..... Keeper.. Awak Kat Mana.. Penjaga Gol Singapura Jadi Bahan Lawak



Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.

Terbaharu, penjaga gol Singapura, Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens.

Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan.

Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.

Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.

Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk.




Buat penyokong Singapura diharapkan jangan ambil hati sangat sebab perbuatan netizens ini sebenarnya tak mengenal rumpun dan negara.

Buktinya, penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo turut tak terkecuali jadi bahan ‘lawak kasar’ dalam kalangan netizens selepas gol tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, awal bulan lalu.
Gambar: Paper Singapura hari ini
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena