Tuesday, 9 June 2015

'Gempar' DAP dan PAS Selangor - Berkerat Rotan...Mustahil Pas akan dengar rayuan Anwar

Selasa, 9 Jun 2015

Berita Gempar Dari Selangor..

DAP dan PAS Selangor ‘cerai talak tiga’, kata exco kanan

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menegaskan jika PAS berhasrat terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.

“Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.

"Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Posted by Kedah Lanie

Mustahil Pas akan dengar rayuan Anwar ini, takan Pas nak tolak usul Ulama mereka

Anwar rayu PAS jangan berpisah

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS mengkaji semula keputusan muktamar parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan perdana menteri itu menyatakan rasa kesal dan bimbang kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

“DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan,” katanya.

“Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara mengirim kenyataan tersebut melalui anggota biro politik PKR, N Surendran yang juga MP Padang Serai.

Pesanan sama turut dikirim kepada pemimpin utama PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, katanya.

Bekas MP Permatang Pauh itu juga berkata, PAS perlu menilai harapan penyokong Pakatan yang berharap agar gabungan parti itu akan dapat menyelesaikan masalah politik dan ekonomi bawah BN.

“Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda,” katanya.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena