Saturday 11 July 2015

[Video] Dengarlah sendiri...Keluhan peniaga kecil & 'budak sekolah' terhadap GST

Ahad, 12 Julai 2015


Harap pelajar ini bila besar nanti jgn jadi bodoh macam menteri2 UMNgOK yg kerjanya menindas rakyat...

Pemimpin saja yg tak menyedari realiti rakyat disekeliling..

Najib Razak kata..
GST tidak bebankan rakyat..
GST Bantu Jamin Masa Depan Malaysia..
Ahmad Maslan kata..
Orang kaya sahaja kena GST..
GST Akan Sebabkan Harga Barang Turun..
HAKIKATNYA...
Dengarlah sendiri.. Keluhan Peniaga Kecil Terhadap GST

Surat Terbuka Murid Sekolah Kepada Najib Jadi Viral



Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.

Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini.

Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke sebuah closed group untuk guru-guru di Facebook sebagai contoh jawapan.

Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.

Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".

Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.

Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan.

Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena