Tuesday, 4 August 2015

HUDUD - Perlu kebijaksanaan menentukan keutamaan

Selasa, 4 Ogos 2015

Mangsa Banjir di Kelantan.....still tinggal dalam khemah.....tolong pak jib dermakan seikhlas hati....##kipidap##

HUDUD - Perlu kebijaksanaan menentukan keutamaan

Oleh abuamar


Dalam menjalani kehidupan ini,satu perkara yg mesti kita sedar dan ingat ialah TIDAK SEMUA PERKARA YG WAJIB ITU MAMPU KITA LAKSANAKAN. Kita mestilah bijak dalam menentukan yg mana satu yg mesti diutamakan dan yg mana pula yg terpaksa KIV.Perkara yg wajib, dan kita pula mampu melaksanakan nya,kita mestilah bersegera melaksanakannya. Manakala perkara yg juga wajib,TAPI kita belum mampu utk melaksanakan nya, MAKA KITA TERPAKSALAH KIV perkara tersebut.

Sebagai contoh, haji itu wajib, maka jika kita mampu, kita mesti segera menunaikannya.Tapi jika kita hanya ada wang sekadarnya shj,dan wang itu pula sgt penting utk kita gunakan utk membuat sebuah rumah bagi kediaman keluarga dan membeli buku utk anak2 belajar, maka keutamaan nya adalah membena rumah dan pelajaran. Haji kita terpaksa KIV dulu.

Begitu juga dari sudut melaksanakan Dasar Islam dlm pemerintahan umpamanya, kita mesti bertindak bijak menyusun program berdasarkan keutamaan dan kemampuan kita.Melindungi rakyat,membantu mereka, memberi pendidikan dan rawatan kesihatan adalah wajib, Maka pemerintah mesti bersegera melaksanakannya.

Menegakkan PERUNDANGAN ISLAM spt HUDUD juga adalah WJIB, maka pemerintah wajib melaksanakannya JIKA ADA KEMAMPUAN. Dalam konteks Malaysia,kemampuan itu bermakna kita ada kuasa utk menjadikan undang2 Islam itu sebagai UNDANG2 NEGARA.Ini bermakna kita mesti mengusai Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Jika kita belum ada kuasa pemutus itu, maka HUDUD terpaksalah kita KIV dulu. Tidak perlu kita BERTEMPIK-SORAK utk membuat sesuatu yg kita tdk mampu melaksanakannya.Kita tanam azam dlm hati dan kita berusaha bersungguh2 berdakwah,berkempen hingga masyarakat faham dan dpt menghayati kehebatan dan keindahan Islam itu; jika itu berlaku,maka tentu mereka akan secara sukarela menyerahkan kuasa pemerintahan kpd kita.

JGN SESEKALI KITA BERTINDAK AGRESIF HINGGA MENAKUTKAN MEREKA. Kelak,yg di kejar tak dapat, yg di kendung keciciran. DIDUNIA MENJADI BAHAN KETAWA,DIAKHIRAT MEMBAWA BEBAN DOSA. 

Wallahu`alam

KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena