Friday 14 August 2015

Sum Cheok Leng cuma ahli PAS kelas kedua, kata DAP Perak...“Jadi apa yang beliau hendak cuba cakap?"

Jumaat, 14 Ogos 2015
BERSIH 4.0

Sum cuma ahli PAS kelas kedua, kata DAP Perak

DAP Perak nampaknya bersikap acuh tidak acuh dengan tindakan bekas anggota dewan undangan negerinya Sum Cheok Leng menyertai PAS hari ini.

Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming berkata bekas wakil rakyat Bercham itu sudah tidak aktif dengan mereka sejak digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya umum lalu.

“Beliau anggota tidak aktif sejak itu. Saya tidak pernah dengar berita daripada dia dalam tempoh dua tahun ini,” kata Nga.

Setelah keluar DAP semalam, Sum hari ini mengambil langkah drastik menyertai PAS – yang mempunyai perselisihan panjang dengan parti asalnya.

Penyertaan Sum itu dilihat menjadi tamparan kepada DAP, rakan lama mereka dalam Pakatan Rakyat, yang kini sudah pun terkubur.

Bercakap kepada Malaysiakini, Nga bagaimanapun memperolokkan kenyataan Sum untuk berkhidmat kepada rakyat melalui PAS.

“Dengan masuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), beliau bukan pun anggota rasmi PAS.

“Dengan alasan itu, saya percaya rakyat cukup bijak menilainya.

Nga juga berkata Sum hanya “anggota kelas kedua” PAS yang tidak mempunyai hak mengundi dalam parti Islam itu.

“Jadi apa yang beliau hendak cuba cakap. Ini bertentangan dengan logik akal.

"Saya ucapkan pada dia selamat maju jaya,” sindir Nga.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena