Monday 18 January 2016

Tabung Haji - Daftar hari ini pi 2093...Apa kata KJ, Saifuddin, Mukhriz, Mahfuz & Mahathir mengenai TH! APA GUNA Najib lantik sejumlah '9 Penasihat'?

Isnin, 18 Januari 2016

Apasal lama sangat baru dpt pi Makkah? Gomen nak guna duit dulu ke buat bailout 1mdb?

APA DAH JADI dgn Menteri Agama, Mufti, Ularmak2 UMNO..??!!

APA GUNA Najib Razak lantik sejumlah '9 Penasihat' utk menasihati beliau ??

Makan gaji buta ka ??... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;

"Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, ORANG RAMAI AKAN MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." -(H.R. Muslim)
5 hrs

Apa pula kaitan Tabung Haji dengan 1MDB yang menyebabkan cetusnya kontroversi?

345b

Saifuddin Abdullah berkata bahawa perjanjian transaksi itu mungkin dicemari oleh konflik kepentingan apabila tiga pemimpin utama dalam Tabung Haji juga terlibat secara langsung dengan hutang 1MDB.
 klites.net

 Apa kata pemimpin UMNO mengenai isu ini?

  • Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kebimbangan berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX)oleh TH daripada 1MDB, dan mengutarakan beberapa soalan kepada Kementerian Kewangan dan Tabung Haji.

    "Pemuda Umno tidak menafikan keperluan Tabung Haji untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit Tabung Haji dalam bentuk dividen. Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan," katanya.
     themalaysianinsider.com
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut mengkritik keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan berkata Kementerian Kewangan perlu menjelaskan mengapa tanah tersebut pada asalnya dijual kepada syarikat pelaburan itu pada harga rendah.

    "Kalau Tabung Haji sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kementerian Kewangan jualnya pada harga begitu murah kepada 1MDB dulu?" soal Mukhriz.
     themalaysianinsider.com
    • Apa pula kata pemimpin PAS mengenai isu pembelian tanah yang dibuat oleh TH?

      • Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Tabung Haji membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas perdana menteri menasihatkan tanah berkenaan dijual semula.

        "Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan perdana menteri Malaysia boleh pada bila-bila masa mempengaruhi proses pembuatan keputusan di Tabung Haji. Isunya ialah kalau perdana menteri boleh mempengaruhi, memberi arahan kepada lembaga pengarah untuk menjual semula tanah tersebut, apakah tidak mungkin perdana menteri juga pada awalnya mengarahkan lembaga pengarah untuk membuat keputusan bagi membeli tanah tersebut menyelamatkan keadaan terdesak yang dihadapi 1MDB?” soalnya.
         themalaysianinsider.com

      Bagaimana pula dengan reaksi Tun Dr Mahathir?

        • Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kurang senang beliau dengan perkembangan mutakhir membabitkan Lembaga Tabung Haji.

          Melalui catatan terbaharu beliau di blognya, Dr Mahathir menyatakan kesedihannya apabila wang caruman Tabung Haji digunakan untuk pemulihan hutang 1MDBmelalui pembelian tanah seluas satu setengah ekar milik 1MDB pada harga RM188.5 juta.

          “Wang yang ditabung sejak penubuhan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan Tabung Haji dan subsidi kepada bakal haji. Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,” ujar beliau.
           astroawani.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena