Saturday 23 January 2016

'BIASISWA' Simpanlah Najib lama-lama lagi! Banyak lagi YANG AKAN DIPOTONGNYA? Bil makan malam aje cecah RM1928.80 sehari! Mak aiiiiii...

Sabtu, 23 Januari 2016

Peruntukan pendidikan MARA telah lama dipotong walaupun menteri enggan beri perincian. Pinjaman PTPTN juga dipotong lantas fenomena siswa dalam kesempitan hidup sekarang. Kini biasiswa JPA pula.

"WE LOVE PM"... Simpan Najib Razak lama-lama lagi.. Manalah tahu banyak lagi YANG AKAN DIPOTONGNYA !!!


Pendidikan anak melayu menjadi korban seterusnya akibat kepincangan pengurusan pentadbiran negara. 


1. Seperti sedia maklum, semalam kerajaan sudah umumkan bahawa biasiswa JPA dibekukan ( tidak pasti sama ada penerima baru atau sedia ada ). Aku simpulkan, kerajaan tak akan buka tawaran JPA. 



2. Malah secara jelasnya di peringkat pihak MARA, pemberian pinjaman MARA untuk doktor falsafah, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda tidak dibuka lagi mulai 2015, walaupun ramai yang tidak sedar. Lantaran itu ramai anak melayu berhenti belajar dek tiada pinjaman pelajaran kecuali PTPTN.

3. Malah begitu juga masalah yang berlaku pada pemohon biasiswa My Brain 2015. Mereka belum menerima kata putus walaupun sudah memohon sejak bulan ogos 2015. Walapun pada permulaannya keputusan biasiswa ini dikatakan akan keluarkan pada bulan november dan ditangguh pula bulan januari dan akhirnya ditangguh sehingga bulan februari. Ini membimbangkan para pemohon.

4. Krisis ekonomi juga pernah melanda negara kita pada tahun 1998 tetapi pihak kerjaan pada waktu itu hanya meminta penerima biasiswa JPA yang berada di luar negara untuk pulang ke negara, malah pinjaman Mara tetap diteruskan. Ini sangat berbeza dengan keadaan sekarang

5. Majoriti penerima biasiswa JPA, penerima biasiswa My Brain serta Mara rata-ratanya anak melayu. Ini mematikan peluang anak melayu untuk mendapatkan pendidikan sepatutnya dek ketidakcekapan pentadbiran negara.

6. Saya menyifatkan bahawa kerajaan sedia ada mengkhianati anak melayu, malah membunuh masa depan anak melayu.

7. Sebagai anak melayu serta pemegang biasiswa JPA, saya amat kesal dengan tindakan kerajaan.

Mohon disebarkan seluasnya, supaya orang tahu pemimpin melayu sedang menindas anak melayu.





Mak aiiiiii....biar betul...Makan apa sampai banyak tu sekali....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena