Tuesday 26 January 2016

Biasiswa JPA ditarik: Sekumpulan pelajar ‘berputih mata’.

Rabu, 27 Januari 2016

JPA ditarik: Sekumpulan pelajar ‘berputih mata’

 | January 26, 2016
Pelajar buntu apabila JPA ditarik balik dan menyebabkan peluang menyambung pelajaran ke luar negara terbantut
pelajar_600
SUBANG JAYA: Mereka merupakan harapan ibu bapa masing-masing. Mereka mahukan kehidupan yang lebih baik. Namun impian berderai angkara biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ditarik balik.
Seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai ‘M’ berkata, pengumuman penarikan balik biasiswa – walaupun sementara – telah menyentap perancangan masa depannya.
“Saya ini bukan daripada keluarga yang kaya,” kata gadis ini dalam nada sedih. “Bapa saya hanya seorang pemandu lori, manakala ibu sudah tidak bekerja.”
M (berbaju putih, berseluar jeans) sebenarnya sudah menerima surat tawaran dari University of Manchester – universiti ke-5 terhebat di United Kingdom.
“Jika tiada bantuan JPA ini, bagaimana saya nak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tawaran sudah diterima, tetapi saya tiada duit jika tidak menerima JPA. Keluarga saya tidak dapat menanggung ke semua kos pembelajaran saya,” katanya dalam satu sidang media di Restoran Burger Factory, di sini, hari ini.
Sementara itu, ‘K’ (berbaju hitam, berskirt putih) sepatutnya mendaftar di Universiti of Melbourne, Australia pada 29 Januari ini. Amoi ini berputih mata kerana harapannya untuk mengaji di universiti ke-33 terbaik di dunia itu terpaksa dilupakan sehingga mekanisme biasiswa baharu diperkenal.
“Saya buntu apabila keputusan untuk masuk ke universiti telah saya terima pada 13 Januari lalu.
“Tapi sebelum mendaftar saya harus dapat slip (biasiswa) dari JPA. Namun saya difahamkan ia telah ditarik balik.
“Masa yang ada sangat singkat. Saya sangat buntu sekarang,” katanya.
Bagaimana pula halnya dengan ‘G’? Pemuda ini (berbaju putih berseluar coklat) bertungkus lumus menyahut cabaran menjalani lima peperiksaan berbeza dalam satu masa kerana mahu membuktikan yang dia paling layak melangkah masuk gerbang Imperial College London.
Ramai majikan menganggap siswa Imperial College London antara sepuluh mahasiswa terbaik di dunia, dan penerima gaji paling tinggi berbanding mahasiswa universiti UK yang lain.
“Apabila saya sudah mendapat tawaran itu, JPA pula menarik balik pemberian biasiswa. Saya sangat sedih,” katanya, mengeluh.
Tiga anak Malaysia berbakat ini antara lima yang ditemui dalam sidang media hari ini. Mereka berharap kerajaan pertimbang semula penarikan biasiswa itu kerana kejayaan menyambung pelajaran ke luar negara merupakan harapan besar ibu bapa mereka.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena