Thursday 14 January 2016

Letupan bom di Jakarta, 6 terbunuh

Khamis, 14 Januari 2016
Letupan bom di Jakarta, 6 terbunuh
Published: 14 January 2016 12:39 PM
Beberapa anggota polis berdekatan kawasan letupan di Jakarta, Indonesia hari ini. Letupan bom di Jakarta, Indonesia hari ini membunuh sekurang-kurangnya 3 orang, termasuk anggota polis. – Gambar Reuters, 14 Januari, 2016.
Beberapa anggota polis berdekatan kawasan letupan di Jakarta, Indonesia hari ini. Letupan bom di Jakarta, Indonesia hari ini membunuh sekurang-kurangnya 3 orang, termasuk anggota polis. – Gambar Reuters, 14 Januari, 2016. 

Menurut AFP, 3 mayat dilihat terbaring di jalan besar di ibu kota itu selepas letupan.
Seorang polis Jakarta menulis di Twitter yang satu letupan berlaku di hadapan sebuah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai pusat membeli-belah Sarinah, Al Jazeera melaporkan.
AFP melaporkan sekurang-kurangnya 6 letupan kedengaran dan merosakkan pondok polis.
Indonesia berhadapan kebimbangan beberapa minggu lalu berhubung ancaman militan Islam dan tindakan polis melancarkan tindakan keras ke atas mereka yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
"Sebelum ini kita menerima ancaman daripada Isis yang Indonesia akan menjadi perhatian," kata jurucakap polis Anton Charliyan kepada pemberita.
"Saya melihat seorang pegawai polis ditembak betul-betul di depan saya," kata seorang saksi memberitahu TV One.
Media berkata pondok polis di luar pusat membeli belah itu turut diletupkan. Penembak tepat polis dikerahkan bersama-sama ratusan pegawai keselamatan yang lain.
Polis mengarahkan orang ramai terutama yang bekerja di sekitar kejadian letupan menyelamatkan diri. – Gambar Reuters, 14 Januari, 2016.
Polis mengarahkan orang ramai terutama yang bekerja di sekitar kejadian letupan menyelamatkan diri. – Gambar Reuters, 14 Januari, 2016. 
Sebuah bangunan PBB berhampiran tempat kejadian ditutup dengan tidak dibenarkan sesiapa masuk atau keluar, kata saksi.
Satu letupan turut kedengaran di pinggir bandar barat Palmerah, menurut tweet yang dibuat media tempatan, tetapi polis berkata mereka tidak dapat mengesahkan letupan di sana.
Beliau memberi amaran kepada orang ramai agar menjauhkan diri dan berkata polis khuatir terdapat lebih banyak bom.
Tembakan yang berlaku di luar sebuah Starbucks bertentangan pusat membeli-belah, dengan tembakan dilepaskan semasa polis bergerak ke tapak letupan.
Polis berkata, mereka mengesyaki pengebom berani mati bertanggungjawab bagi sekurang-kurangnya satu letupan dan terdapat 14 lelaki militan bersenjata terlibat dalam serangan itu, lapor Metro TV.
Selepas beberapa siri serangan ke atas warga asing dalam dekad yang lalu, pelampau Indonesia beberapa tahun kebelakangan ini mengarahkan aktiviti mereka terhadap “musuh Islam” di dalam negeri terutama polis.
Tiada sebarang serangan terhadap warga asing sejak 2009 pengeboman hotel kembar di Jakarta yang mengorbankan 7 orang. – 14 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/letupan-bom-di-jakarta-3-terbunuh#sthash.RV4id3Cy.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena