Tuesday 19 January 2016

'Air mata darah bercampur keringat'...BERITA GEMBIRA buat Bangla, Nepal, Indon...

Rabu, 20 Januari 2016

BERITA GEMBIRA buat Bangla, Nepal, Indon...

Dengan #TPPA nnti, mereka ini boleh pegang jawatan (tertinggi) dalam kesatuan sekerja..

Korang jgn nak bantah & halang..
Tok Pa tengah uruskan tu.. nak siapkan draf pindaan Akta Buruh.

Baik hati sungguh puok jadah UMNO ni..

Aset negara dahlah digadainya..
Kini jawatan pon diberikannya...

SEJARAH bakal tercatat tidak lama lagi..

Wahai rakyat Malaysia, ingatlah tarikh keramat tersebut..

...Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang...

Blaa... blaa.. blaaaa...

"TPPA ada lah suatu perjanjian yang bakal akan mengikat negara Malaysia kepada kuasa asing Amerika menguasai negara ini dan negara yang menandatangani perjanjian ini. Inikah maksud utama mengapa Barrack Obama datang ke negara ini berkali kali..? "

"Saya mencadangkan agar kerajaan perlu "menyemak semula kesan baik buruk nya " dengan mengkaji semula kandungan perjanjian Tppa yang setebal 6000 mukasurat tersebut yang sudah tentu sangat sukar di fahami oleh rakyat di negara ini, maka panggillah semua para ulama' dan umara' untuk memberi pandangan..."

"Saya tetap tidak akan redha perjanjian ini ditandatangi oleh pihak berkuasa sebelum rakyat di fahami dan di perhalusi nanti. WALLAHI SAYA BANTAH TPPA!!! Noktah!!.."

Kredit: #UstazAhmadDusukiAbdRani

#bantahTPPA #stopTPPA
#TPPA #janganJUALnegara




DAH LUDAH JILAT BALIK ??
Biar Gambar Berbicara. Anda sendiri boleh menilaikannya..

Dalam kertas #TTPA semuanya indah baik belaka utk rakyat & negara. Tiada yg cacat celanya..

TAHUKAH ANDA..
Malaysia mencatatkan negara korupsi antara tertinggi dunia. Audit negara merekodkan hampir 40 billion ketirisan setahun. Undang2 negara sendiri dilaksanakan secara 'double standard'.

Dalam semua kelemahan Malaysia ketika ini, adakah WAJAR mengikuti negara maju yg lain (lebih maju berbanding Malaysia) menyertai TPPA? Berapa banyak dasar negara U-Turn mengikut penukaran pemimpin? Dan berapa banyak dasar negara gagal (contoh Wawasan 2020, ringgit merosot, pertanian tertinggal berbanding Thai, ekonomi tidak mampu mencipta permintaan terhadap Malaysia, hanya bergantung pada petroleum, 40% dari KDNK dan sebagainya).

WAJARkah Malaysia menyertai TPPA dalam kondisi enjin jet pejuang tentera pun boleh hilang. Kapal terbang komersial negara pun hilang. Pelaksanaan undang2 terpilih...???

Sebenarnya, PERBAIKI NEGARA DAHULU. Sebelum menyertai satu dunia persaingan bebas dan dipenuhi saingan kuat. Setidak2nya menyamai satu perkara terhadap negara2 yang BERANI menyertai TPPA. Yakni mereka sudah menukar parti pemerintahan beberapa kali untuk kemajuan, kekuatan negara. Mereka bersedia dan terus bersedia menukar pemerintahan. Sebab itulah mereka berani menyertai TPPA. Kerana mereka boleh keluar melalui penukaran pemerintahan tanpa perlu percaya sepenuhnya 'exit clause' yang disediakan 'cantik' di atas kertas.

Wallahualam~

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena