Monday 11 January 2016

[Video] Eishhh, Timb Presiden PAS kalut TAK NAK serah kerusi tu kenapa..."Sapa yang berpakat dengan anda sekarang nie?"

Selasa, 12 Januari 2016


Yang Timb Presiden PAS kalut tak nak serah kerusi tu kenapa, sapa yang berpakat dengan anda sekarang nie..??

Oleh  M.A Shah
Eishhh Gua naik hairan kenapa pulak Timb Presiden PAS nie sebok buat kenyataan tak nak serah kerusi.. siapa yang dok mintak kerusi mereka...mereka dah tiada dalam gabungan PAKATAN HARAPAN pun yang dok sebok nak kata tak nak serah kerusi tu... lawan sahajalah 222 kerusi parlimen tu...dan semua kawasan DUN di setiap negeri...

Contoh terdekat di SARAWAK nanti lawan kesemua kawasan nak takut apa.. PAS kan sudah kuat bila bersendirian... Jentera PAS hebat-hebat belaka...lawan kesemua....

PAS tidak akan serah walau satu kerusi.
Radzi Razak | January 10, 2016

Penegasan dibuat Tuan Ibrahim kerana parti itu terlalu banyak berkorban untuk rakan sebelum ini.

tuan-man,pas
KUALA SELANGOR: PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi termasuk kepada sekutu dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS sudah terlalu banyak berkorban untuk sekutu politiknya sebelum ini.

Tuan Ibrahim berkata, sejarah sudah menunjukkan di mana parti seperti Parti Negara dan Semangat 46 banyak mengambil kesempatan atas pertolongan daripada PAS.

“Masa kita bekerjasama dengan Parti Negara, PAS berikan kerusi kepada Parti Negara. Bila bekerjasama dengan PKR kita berikan jentera untuk bantu sekutu kita itu.

“Hari ini, mereka minta PAS bekerjasama dengan pakatan baharu, yang bermakna PAS kena serahkan kerusi.

“Itu tidak akan berlaku dan kita takkan serahkan satu kerusi pun kepada mereka,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 ahli PAS di sini, hari ini.

Semalam, bekas sekutu PAS iaitu DAP menandatangani perjanjian dengan parti serpihan PAS, AMANAH dan PKR untuk bekerjasama demi menghadapi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, pakatan ketiga-tiga parti itu masih belum memutuskan pendirian berhubung kerjasama dengan PAS.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik sebagai berkata, keputusan mengenainya hanya akan dibuat apabila ia diperlukan.

Sumber: Syssss
KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena