Monday 11 January 2016

"Bila lagi kamu nak bercakap benar"! 1MDB guna duit KWSP, Tabung Haji, KWAP, & Perbendaharaan tu duit sapa?

Isnin, 11 Januari 2016



"Dana Rakyat Tidak Digunakan Untuk Selesaikan Isu #1MDB", kata PM Najib Razak...

Guna duit #KWSP#TabungHaji#KWAP, Perbendaharaan tu duit sapa..??

Bila lagi kamu nak bercakap benar...


DAH LAH SULIT.. tak bayar cukai plok !!!

Guna Akta Syarikat xde mslah... kononnya 'privacy'.. TETAPI bila syarikat itu adalah MILIK PENUH KERAJAAN & libatkan pemimpin negara sbg Pengerusi & Lembaga Penasihat 1MDB dan mungkin juga melibatkan dana/ duit negara, SEPATUTNYA dinyatakan dgn terperinci sbb kewangan negara merupakan duit rakyat.. BUKANNYA DUIT ROSMAH-NAJIB !!!.. Rakyat berhak utk tahu...

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH !!

KENAPA klu rakyat xbyr cukai digelar PENGKHIANAT tetapi utk #1MDB nak panggil apa plok !!!

Itu pon ada lagi dedakian masih tak sedar2 lagi...

Rafizi: Semakan taraf bukti Najib sia-sia ‘tekan’ rakyat

Tindakan agensi penarafan kewangan dunia Moody's Investors Service yang menyemak prospek ekonomi Malaysia dari ‘positif’ kepada ‘stabil’ menunjukkan bahawa pendekatan ekonomi konvensional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempertaruhkan kebajikan rakyat adalah sia-sia, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, walaupun Najib tunduk kepada tekanan agensi-agensi antarabangsa untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi anti-rakyat seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penghapusan subsidi, namun ia gagal menghalang Moody’s dari menyemak semula prospek unjuran ekonomi negara.
“GST telah dilaksanakan selama lebih sembilan bulan dan lebih RM30 bilion telah dikutip dari rakyat.
“Hampir keseluruhan dari subsidi yang sebelum ini dinikmati rakyat telah dihapuskan semuanya termasuklah subsidi petrol dan diesel,” katanya dalam satu kenyataan.
“Beliau juga memotong peruntukan-peruntukan penting untuk pendidikan dan biasiswa di dalam belanjawan 2016 yang dibentangkan Oktober 2015 lalu.
“Malangnya, semua dasar-dasar anti rakyat ini yang menyebabkan beban sara hidup rakyat naik berganda.
“Mahasiswa terpaksa mengikat perut, rakyat melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kenaikan harga dan lain-lain kepayahan – tidak pun berjaya menghalang Moody’s dari menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari positif kepada stabil,” katanya.
Moody's hari ini mengesahkan penarafan bon tidak bercagar senior dan penerbit Kerajaan Malaysia pada A3 dan menukar prospek kepada stabil daripada positif.
Dalam satu kenyataan, Moody's berkata ia juga mengesahkan penarafan tidak bercagar senior A3 kepada sijil amanah dolar AS yang diterbitkan oleh Malaysia Sovereign Sukuk Bhd, perantara tujuan khas yang ditubuhkan kerajaan Malaysia.
Perkhidmatan Pelabur Moody hari ini menyemak semula unjuran negara Malaysia daripada 'positif' kepada 'stabil' dan mengesahkan penerbit kerajaan Malaysia dan penarafan bon tidak bercagar kanan di A3.
Moody's berkata sijil amanah ini dianggap obligasi langsung kerajaan Malaysia dan penarafan ini secara automatik mencerminkan perubahan kepada penarafan negara Malaysia.
Mengenai langkah penarafan, Moody's mengesahkan penarafan instrumen bagi hutang tidak bercagar senior yang diterbitkan Khazanah Nasional Bhd pada A3.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena