Saturday 16 January 2016

TPPA#perlu100Kbantahan...[Video] Kerjasama putus jika PKR khianati Pas! Berani ke?

Ahad, 17 Januari 2016
King Jason
pada 13hb Januari jam 9.19 ptg
TPPA untuk KEPENTINGAN USA...
So sapa AGENT AMERIKA?

Yang tuduh ds Anwar tak habis2 tu kenapa,?

Betul ker ni nak putuskan hubungan dengan PKR? Ada berani?

Acah ajer tu... takkanlkah nak lepaskan beribu-ribu jawatan dalam negeri Selangor... heheeh

Dan lagi boleh paksa-paksa parti lain pula supaya janhgan berkawan dengan DAP. Tak ada law yang boleh digunakan untuk melakukan demikian...

Entahlah, bunyi macam dah tersengat sangat-sangat... 


Kerjasama putus jika PKR khianati Pas 

PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP. 

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas. 

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa. 

"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor. 

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu. 

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya. 

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah. 

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. 

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya. 

"Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain 

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi. -SH 

KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena