Sunday 10 January 2016

BAUXITE EMOTICONS...Bumi dah tergadai angkara sendiri, nanti 'cina-DAP' pulak yang dipersalahkannya...?

Ahad, 10 Januari 2016
Амино Рашид
Beginilah keadaan sebenar perubahan yg begitu mendadak apa yg telah terjadi pada kawasan sekitar Felda Bukit Goh..

Adakah dgn habuan jutaan ringgit itu dpt bertahan menampung kehidupan anda (peneroka) sehingga 5, 10, 20 atau 50 tahun akan dtg ???

Apa akan jadi pada generasi slps anda ??!!

Tahniah pd yg masih mempertahankan tanah mereka. Wang memang penting dlm hidup tp wang juga bukan boleh menjanjikan kegembiraan bersama sekeluarga.

Bumi dah tergadai angkara sendiri, cina-DAP yg dipersalahkannya..

8 hrs



Abu Adam
Abu Adam "Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.
Aishah Ahmad
Aishah Ahmad Duit melimpah ruah kepada "peneroka bauksit", tp bila dpt penyakit akibat pencemaran, mampu ke duit melimpah ruah tu selamatkan semua org?

Tak endah tawaran RM1 juta

Seorang peneroka Felda Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.
Salwani Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.
"Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.
"Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya kepada Bernama.
Salwani berkata pada awal 2015, beliau didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.
Beliau berkata selepas tawaran itu ditolak, lelaki itu kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta.
"Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.
Lama-lama kena korek
"Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya.
Salwani yang telah 18 tahun menjadi peneroka berkata beliau tidak mahu ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang tekukur akibat digondol dengan rakus.
Menurutnya, individu yang sanggup memberi wang RM1 juta tersebut tidak mudah berputus asa kerana beberapa bulan kemudian beliau didatangi lelaki sama memohon supaya tanahnya dijadikan pula kawasan menyimpan lori dan bijih bauksit dengan bayaran RM5,000 sebulan, namun beliau tetap menolak tawaran itu.
"Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," kata Salwani.
Jelasnya, tanah ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.
Sementara itu bapanya, Tajuddin Harun, 68, yang memiliki warung makan berkata pengusaha bauksit juga tidak mematuhi janji mereka untuk memberi pampasan pembersihan akibat pencemaran bauksit sebanyak RM1,000 sebulan kepada setiap peniaga makan terbabit dan RM500 kepada setiap pemilik rumah.
Beliau berkata beliau hanya menerima pampasan RM1,000 bagi satu bulan sahaja dan tidak lagi menerimanya selepas itu.
Beliau juga terpaksa melindungi warungnya dengan plastik bagi mengelak pencemaran bauksit yang diangkut dengan lori.
"Perniagaan saya juga terjejas kerana tidak ramai lagi pelanggan yang datang akibat pencemaran debu merah," katanya.
Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena