Sunday 31 January 2016

Kes 'DERMA' US$681j AG bersihkan? "Dia orang ingat kita rakyat tak da otak maaa!"

Ahad, 31 Januari 2016

Bukan susah nak jadi penyangak halal disisi Islam Wasatiyyah..

Kalau beginilah jadinya.. APA AKAN JADI MALAYSIA jika Najib bercita-cita jadi PM Malaysia selama 22 tahun utk menandingi mantan PM Tun Mahathir..???

Percayalah.. semua ini hasil dari TANGAN-TANGAN PENGUNDI BN !!!

Siapa yang percaya? Anda percaya tak ?

29 JANUARY 2016

Semalam saya pergi ke Damansara untuk selesaikan sedikit urusan bisnes kat sana. Ketika sedang duduk di sebuah kedai di sekitar situ, ada seorang amoi yang juga sedang duduk berseorangan.

Untuk memulakan perbualan, seperti baisa saya mula bertanya beberapa soalan untuk memecahkan rasa risau dan tidak selesa amoi tersebut. (sumber gambar)

Sebenarnya saya ada matlamat yang menarik untuk bertanya pada amoi itu. Pertanyaan terhadap satu perkara yang amat saya ingin tahu semenjak pengumuman AG dalam isu derma besar dari Tok Arab pada PM yang kita sayang, yang Tok Arab juga amat sayang.

" Amoi !, You percaya ke itu pengumuman AG baru-baru ini ? " tanya saya pada Amoi itu.

" No lah ! " jawab Amoi dengan cepat.

" Macam cerita katun saja ! " sambung Amoi itu lebih lanjut.

" Dia orang ingat kita rakyat tak da otak maaa ! ", rungut Amoi itu lagi.

Saya senyum sambil angguk kepala. Saya juga rasa macam apa yang Amoi itu rasa. Mungkin akal saya masih waras dan dapat menilai segala kejadian yang sedang berlaku selama ini berkenaan isu derma RM2.6 billion itu.

" You ingat ada orang yang percaya ke ? ", tanya saya lagi pada Amoi.

Dia renung saya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

" Tak ada orang yang boleh percaya maa ! ", jawab Amoi itu lagi ringkas.

Siapa yang percaya

Itu satu isu yang amat pelik dan amat menghairankan saya. Pernahkah mereka yang karang segala cerita tersebut terfikir samada rakyat boleh hadam segala apa yang mereka umumkan ?

Ada menteri yang komen, bahawa pembangkang tentu tidak akan percaya apa saja yang kerajaan dan pegawai kerajaan umumkan. Ya ! saya setuju dengan kenyataan tersebut, memanglah itu kelebihan pembangkang.

Tapi bukan saja pembangkang yang tak bersetuju atau tak percaya dengan pengumuman tersebut, malah ramai orang yang pro-kerajaan juga yang tak percaya.

Kalau ada yang percaya betul-betul tahap serius, mungkin adalah Rocky's Bru. Boleh baca blognya di sini. Beliau memag sejak dari awal amat menyokong apa saja kenyataan dan pergerakan Perdana Menteri tercinta kita sekarang. Beliau sokong dan percaya tanpa ragu-ragu.

Memang PM dapat derma

Memang menurut beliau, Perdana Menteri sejak dari awal benar-benar tidak bohong rakyat. Beliau ikhlas dan jujur tentang duit yang dia dapat itu bersumberkan derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Malah memang selama ini keluarga diraja tersebut sudah meyumbang berbillion-billion kepada banyak negara dalam usaha untuk membenteras musuh agama menurut pegangan mereka.

Mungkin secara lebih mudah kita boleh katakan bahawa memang selama ini keluarga diraja tersebut amat giat kembangkan fahaman Wahabi di seluruh dunia. Itu saya memang dah dengar sejak lama dulu usaha untuk kembangkan fahaman Wahabi di seluruh dunia.

Dari segi logiknya, nilai RM2.6 billion itu memang mampu dikeluarkan dan didermakan oleh keluarga diraja arab tersebut, itu tak boleh dinafikan. Bila dipertimbangkan pula bahawa ianya adalah atas niat kembangkan kepercayaan agama, sudah tentu bertambah tinggi kemungkinan bahawa ianya benar-benar berlaku.

Jadi ada unsur-unsur yang agak logik untuk kita percaya bahawa PM memang bercakap benar. Dia mendapat derma dari Tok Arab yang amat sayang padanya. Jadi duit derma tersebut bila dah mask dalam akaun PM, memang dah jadi hak PM.

Bila dah jadi hak PM, ikut sukalah dia dan keluarganya nak belanjakan kat mana-manapun !, betultak. Ikut sukalah dia nak beli Beg Tangan bernilai RM200 ribu pun !.

Berkenaan baki yang tidak dikembalikan sebab PM hanya pulangkan semula RM2.03 billion sahaja, memang tak ada salahnya, sebab PM belanja habis jumlah tersebut. Bila orang dah mula sibuk dan pening kepala atas isu yang didedahkan itu, maka PM transfer balik kat Tok Arab.

Tak payah nak kita fikirkan lagi, yang pentingnya sekarang, apakah anda juga percaya ?

Pendapat Anda

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena