Saturday 30 January 2016

Kurang 3% caruman...Siapa yang rugi? Cadangan yang baik supaya RAKYAT MEREMPAT DIHARI TUA NANTI.

Ahad,31 Januari 2016



Kurang 3% caruman, bermakna lebih berbelanja. Dan yang paling ketara adalah lebih lagi GST yg perlu kita bayar. Bila hal ini berlaku, simpanan masa tua kita semakin berkurangan dan siapa yang rugi? Dan juga siapa yg untung bila banyak GST?
Sam Man
Sam Man pengurangan pencaruman kwsp bukan jalan penyelesaian kepada perbelanjaan harian kita..sebenarnya kalau dikira kita akan bayar lebih cukai kepada kerajaan bila wang caruman dikurangkan..langkah yg diambil bukan lah bijak untuk rakyat tapi menguntungkan tukang songlap duit rakyat..

Azlan Ahmad
Azlan Ahmad Ini semua bukti rakyat didahulukan untuk pencapaian diutamakan. CADANGAN YANG BAIK SUPAYA RAKYAT MEREMPAT DIHARI TUA NANTI. Kalau ya pun nak tarik pelabur takyahlah nak korbankan rakyat.

Saya pilih kekalkan caruman KWSP 11 peratus

 | January 29, 2016

Tujuan kerajaan mengumumkan pengurangan tiga peratus caruman KWSP bagi individu melalui Pengubahsuaian Bajet 2016 adalah baik untuk negara tetapi tidak baik untuk saya.
COMMENT
kwspPagi tadi sebaik masuk pejabat, saya terus bergegas ke bilik Pegawai Sumber Manusia (HR). Mujur ketika itu tiada orang, cepatlah saya dilayan.
“Kak, pasal caruman KWSP dikurangkan tiga peratus. Saya mahu kekalkan kepada 11 peratus, asal,” awal-awal saya beritahu supaya tidak berlaku apa-apa salah faham. Malah, saya juga sudah tulis surat supaya ada pengesahan secara hitam putih.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengurangan tiga peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bagi individu melalui Pengubahsuaian Bajet 2016.
Bukan saya tidak faham kehendak dan keperluan kerajaan dan Perdana Menteri berbuat demikian, tetapi cuma saya tidak mahu menggadaikan wang yang akan digunakan pada usia emas kelak.
Tahu atau tidak, saya seorang ibu moden yang masih mengejar cita-cita untuk settle down dalam hidup. Dua anak, suami pun kerja biasa-biasa, bukan mudah untuk saya melalui fasa ini.
Malah sejak beberapa tahun yang lalu, saya juga tidak dapat berjimat. Bajet saya setiap tahun cukup-cukup, sebahagian besar habis untuk pendidikan anak, duit rumah dan kenderaan serta insurans.
Ramai rakan-rakan sebaya saya juga senasib saya. Kami banyak berbincang mengenai taraf hidup yang kian mencabar tetapi mujur masih dapat berjuang.
Apabila berita pengurangan kadar caruman KWSP tiga peratus dari bahagian pekerja dikurang diumum, saya segera bersorak, “Yeay, banyak sikitlah gaji nanti!”
Tetapi sesegera itu juga saya tersedar, “Saya bukannya akan simpan wang itu. Saya pasti akan terangsang untuk beli itu dan ini, kemudian kena pula GST. Tak itu, saya juga kena bayar cukai pendapatan yang lebih ekoran gaji saya nanti lebih tiga peratus. Jadi saya tak akan dapat ‘menyimpan’ wang itu.
“Akhir-akhir ini, saya selalu baca dan dengar nasihat pakar kewangan tentang pentingnya kita berjimat cermat pada waktu-waktu genting ini, dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, dalam pengubahsuaian Bajet pula pihak kerajaan terpaksa mendorong kita berbelanja demi merangsang ekonomi negara yang kian lembap. Sangat redundant, saya faham, tapi keliru.”
Apapun, persoalan paling penting untuk diri saya ialah, adakah dengan berbuat demikian ekonomi peribadi saya bertambah baik? Tiga peratus hanyalah sikit tetapi dalam jangka masa panjang, ia pasti akan menjana satu amaun yang signifikan. Saya tidak pasti. Saya bukan pakar ekonomi atau penganalisis politik. Saya tak pasti apa yang saya perlu buat.
Cuma, saya tidak mahu menggadaikan satu-satunya simpanan yang ada sekarang, ‘simpanan secara paksa’ iaitu caruman wang KWSP. Jadi buat masa ini, saya mahu kekalkan kontribusi saya 11 peratus…
Mungkin sehingga saya mendapat alasan yang wajar dan kukuh untuk tidak berbuat demikian.
FMT.


Kebanyakan yang ditemui berpendapat, mereka lebih memikirkan tentang persaraan berbanding mendapat sedikit tambahan pendapatan pada hujung bulan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persaraan-lebih-penting-kata-pekerja-tentang-potongan-caruman-3-kwsp#sthash.YWG6QHWq.dpuf
Kebanyakan yang ditemui berpendapat, mereka lebih memikirkan tentang persaraan berbanding mendapat sedikit tambahan pendapatan pada hujung bulan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persaraan-lebih-penting-kata-pekerja-tentang-potongan-caruman-3-kwsp#sthash.YWG6QHWq.dpuf
Pekerja Malaysia mahu mengekalkan caruman KWSP ‎pada kadar 11% walaupun Putrajaya menawarkan pengurangan sebanyak 3% bagi 2 tahun dalam pengstrukturan semula Bajet 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Januari, 2016. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persaraan-lebih-penting-kata-pekerja-tentang-potongan-caruman-3-kwsp#sthash.YWG6QHWq.dpuf
Pekerja Malaysia mahu mengekalkan caruman KWSP ‎pada kadar 11% walaupun Putrajaya menawarkan pengurangan sebanyak 3% bagi 2 tahun dalam pengstrukturan semula Bajet 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Januari, 2016. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persaraan-lebih-penting-kata-pekerja-tentang-potongan-caruman-3-kwsp#sthash.YWG6QHWq.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena