Monday 18 January 2016

KU NAN patut ditangkap & disiasat..."Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya"?

Isnin, 18 Januari 2016

KU NAN patut ditangkap & disiasat

 
Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor tiba-tiba menyenaraikan beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara yang didakwanya akan menjadi sasaran serangan pengganas.

Kawasan-kawasan  yang disebutnya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas, pusat membeli belah Publika, Solaris serta juga Curve.

Bagaimanapun pihak polis kemudian meminta orangramai bertenang dan jangan mempercayai kenyataan yang menyenaraikan kawasan-kawasan tertentu sebagai tumpuan serangan pengganas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menulis di twitternya dengan meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara yang boleh merunsingkan rakyat.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad pula berkata, pihak polis tidak pernah menyenaraikan secara khusus tempat-tempat tertentu yang kononnya menjadi sasaran pengganas.

Tambahnya, PDRM juga memandang berat kenyataan-kenyataan seperti itu kerana ia boleh menimbulkan kerunsingan serta ketakutan kepada masyarakat umum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa turut menafikan dakwaan bahawa kawasan-kawasan tertentu di ibu negara menjadi sasaran serangan pengganas.

Tiada laporan daripada cawangan khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, tegasnya.
Dari segi keselamatan negara,  tentulah kita lebih mempercayai kenyataan pihak polis berbanding "gebang" seorang menteri, apatah lagi Tengku Adnan bukanlah menteri yang bertanggungjawab kepada soal keselamatan negara. 
Tetapi, apabila Tengku Adnan dengan penuh yakin menyebut tempat-tempat tersebut sebagai sasaran pengganas sambil mengatakan ia berdasarkan risikan yang diterimanya, ia sekurang-kurangnya hendaklah disiasat.

Yang menimbulkan kemusykilan ialah bagaimana Tengku Adnan sebagai seorang menteri dan Setiausaha Agung UMNO boleh memperolehi dan seterusnya tanpa ragu-ragu mendedahkan maklumat seperti itu?

Adakah beliau sebenarnya mempunyai maklumat-maklumat tertentu yang tidak diketahui oleh pihak polis?

Jika orang awam atau pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang membuat dakwaan sebegitu rupa, sudah tentu mereka akan disiasat atau diminta memberi keterangan lanjut kepada pihak polis, sedangkan seharusnya siapa pun yang membuat dakwaan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat, ia memang patut disiasat atau ditangkap bagi mengesahkan kesahihannya.

Apatah lagi, dalam dakwaan yang dibuat oleh Tengku Adnan itu, ia bukan saja merunsingkan penduduk tempatan, malah juga kepada pelancong serta penduduk warga asing yang banyak menetap di sekitar Bangsar, Hartamas, Publika dan Solaris.

Secara langsung, dakwaan Tengku Adnan boleh menjejaskan imej negara di kalangan penduduk warga asing serta merencatkan sektor pelancongan negara.

Oleh itu, menangkap dan menyiasat Tengku Adnan untuk memperolehi maklumat lanjut bagi mengesahkan kebenaran dakwaannya, bukan lagi suatu pilihan, tetapi merupakan suatu kemestian yang tidak harus dilengah-lengahkan.

Lagi pun, sebagai pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan, malah "berketurunan tengku-tengku"  pula, mungkin juga dakwaan Tengku Adnan itu ada "daulatnya"  yang pihak polis tidak tahu.

Manalah tahu kannn....(SH 17/01/2016).
KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena