Sunday 10 January 2016

[Video] Menteri kalau suka bergurau...pie masuk Maharaja Lawak Mega.

Ahad, 10 Januari 2016

Menteri kalau suka bergurau, berhenti jadi menteri pie masuk Maharaja Lawak Mega

Hamzah Zainuddin akhirnya mendapat "penangan pertama" media berikutan kenyataannya yang meminta rakyat membawa bekal ke pejabat sebagai salah satu cara untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Kebetulan beliau yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil alih tempat Hassan Malek yang digugurkan daripada kabinet, kenyataannya itu rata-rata membuatkan Hamzah mula dilihat sebagai mempunyai gaya pemikiran yang sama dengan pendahulunya itu.

Hasan Malek merupakan menteri yang paling banyak dipertikaikan umum berikutan kenyataan tidak cerdik yang dikeluarkannya yang antata, "jangan makan ayam jika harganya mahal" sehingga akhirnya digugurkan dalam rombakan kabinet Julai 2015 lalu.

Setelah beberapa hari menjadi mainan di media sosial, Hamzah kemudian tampil mengakui kenyataannya itu hanya gurauan sesama kakitangan di kementeriannya saja.

"Itu saya bergurau di perhimpunan bulanan kementerian, bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat.

"Saya tak suruh rakyat bawa bekal. Selepas ini saya tak boleh melawak lagi dengan media", kata Hamzah membetulkan salah tanggapan yang sudah tersebar luas mengenai kenyataannya itu.
Sebagai menteri, Hamzah sepatutnya sedar isu berkaitan kenaikan kos sara hidup bukanlah perkara yang boleh digurausendakan atas kapasitinya mengetuai kementerian yang bertanggungjawab secara langsung mengatasi masalah itu.

Beliau adalah penyelesai masalah dengan sepatutnya menunjukkan jalan keluar yang munasabah dan dapat diterima rakyat dalam isu kos sara hidup, bukannya dengan cuba meringankan beban mereka melalui ketawa dan lawak jenaka.

Kalau pun berucap di program bulanan kementerian dan di depan kakitangan, apakah perlu membuat lawak sedemikian rupa, apatah lagi bila mengetahui pihak media turut hadir sama?

Menyalahkan media yang membuat laporan terhadap ucapannya juga merupakan tindakan yang tidak betul kerana jika beliau tidak bercakap "mengarut" sedemikian rupa, sudah tentu tidak timbul sebarang masalah mengenainya.

Lagi pun, semua menteri yang lain turut membuat perhimpunan bulanan dan memberikan ucapan, tetapi mengapa ianya disiarkan secara baik-baik saja?

Selain itu, Hamzah juga mesti ingat beliau mengambil alih tempat Hasan Malek yang banyak dipertikaikan logik kenyataannya sebelum ini dalam pelbagai isu yang melibatkan kenaikan harga barang dan pengguna.

Maka, beliau seharusnya membuktikan perlantikannya adalah pilihan yang lebih baik yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan bukannya seperti "pelawak menggantikan pelawak" juga.

Barangkali kesilapan pertama dengan cuba bergurau dan membuat lawak jenaka ini merupakan pengajaran yang berguna buat Hamzah. 

Jika beliau belajar, mengambil iktibar daripadanya dan menjadikan ianya sebagai sempadan, pasti ada kebaikan buat dirinya, tetapi jika tidak, kehadirannya tidak lebih dianggap hanya sebagai "Hassan Malek kedua" dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Berhentilah bergurau dan membuat lawak, terutama dalam hal yang berkaitan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Ia bukan perkara yang wajar dijadikan bahan lawak oleh seorang menteri. 

Rakyat mahukan penyelesaian yang boleh menggembirakan mereka sekeluarga, bukannya dengan digeletek untuk terhibur dan ketawa.

Cukuplah yang membuat rakyat ketawa ahli lawak jenaka atau peserta program Maharaja Lawak saja, kecualilah jika Hamzah juga peminat tegar  program televisyen itu , sama seperti Hasan Malek yang kelihatan gembira sekali ketika hadir sebagai penontonnya tidak lama dulu.

Jika ingin terus menjadi menteri, fahamilah betul-betul tugas yang diamanahkan dan jangan sesekali mengambil alih kerja ahli lawak jenaka. (SH 08/01/2016).
KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena